7 Kereta Mewah Milik Mendiang Paul Walker Dicuri Oleh Rakannya ~ Bila Han Bercerita

Friday, 19 June 2015

7 Kereta Mewah Milik Mendiang Paul Walker Dicuri Oleh Rakannya

Rakan Paul Walker Didakwa Curi 7 Kereta Mewah Milik Mendiang


Pihak pengurusan harta peninggalan Paul Walker mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang kenalan Paul selepas didakwa mencuri tujuh buah kereta mewah milik mendiang bintang filem Fast & Furious itu.

Tuduhan difailkan di Mahkamah Los Angeles terhadap Richard Taylor kerana mengeluarkan kenderaan tersebut secara haram dari tempat kereta itu disimpan iaitu kurang dari 24 jam selepas kematian Walker dalam kemalangan.

"Taylor sengaja mencuri dan menyembunyikan lokasi kenderaan tersebut dengan tujuan untuk menukar kenderaan terbabit demi kepentingan peribadi," ulas peguam yang mewakili keluarga Paul.

Media antarabangsa melaporkan, Taylor yang turut membantu Paul menjaga kenderaan tersebut semasa Paul masih hidup disaman kerana enggan memulangkan kereta yang hilang demi mendapatkan wang atau pertukaran lain.

Walker meninggalkan sekurang-kurang 30 buah kereta miliknya dan antara kereta yang dicuri Taylor termasuk model Porshe GT3 RS, BMW M3, Crown Victoria, GMC truck dan tiga lagi kereta mewah.

Walker meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarita California, pada 30 November 2013 apabila kereta jenis Porshe Careera GT yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan kemudian meletup.

Ketika kejadian, Walker pada sewaktu itu masih lagi dalam penggambaran filem Furious 7. Pihak produksi terpaksa menggunakan abang mendiang sebagai 'double body' untuk menyempurnakan pembikinan filem tersebut yang mendapat kutipan lebih AS$350 juta sewaktu tayangannya beberapa bulan lalu.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Isteri Yang Bakal Masuk Neraka
    03.03.2012 - 0 Comments
    Isteri Yang Bakal Masuk Neraka -Tidak suka mengerjakan solat -Suka bercakap bohong kpd suami -Suka…
  • Filem KAMI lakonan sudirman
    22.01.2012 - 0 Comments
    siapa rindu SUDIRMAN ? dah lama xdenga nama dia kan..ni ada satu movie yang Hann nak share dengan korang…
  • 6 Ciri–Ciri Perempuan Playgirl LELAKI WAJIB TAHU !!
    25.02.2012 - 0 Comments
    Korang pernah mendegar istilah “Playgirl” ? Jom kenali 6 ciri-ciri playgirl… 1. Menyembunyi Kisah…
  • Bahaya Timang Anak !! (WAJIB BACA)
    28.10.2014 - 0 Comments
    SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan…
  • GILA !! Pak Guard Rogol Murid Dalam Kelas Kosong
    21.04.2012 - 0 Comments
    REMBAU – Seorang pengawal keselamatan dikesan rakan sejawatnya melakukan kegiatan tidak bermoral bersama…