Ladang ganja subur merata di tengah bandar Astana sehingga tidak dapat dibendung oleh kerajaan Kazakhstan ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 12 December 2015

Ladang ganja subur merata di tengah bandar Astana sehingga tidak dapat dibendung oleh kerajaan Kazakhstan

POKOK ganja yang hidup subur di jalan raya di bandar Astana.

Astana: Pihak berkuasa Kazakhstan melancarkan siasatan selepas pokok ganja membesar secara terbuka di batas pokok di pusat bandar raya ini.

Penduduk tempatan di Astana menghidu aroma luar biasa ketika berjalan di sekitar Auezova dan memaklumkan kepada pihak berkuasa apabila mendapati ribuan pokok ganja hidup subur di batas pokok sepanjang jalan raya kawasan itu.

Majlis bandar raya memulakan siasatan untuk memastikan sama ada pokok itu sengaja ditanam pihak tertentu atau tumbuh secara tidak sengaja.

Ada pemerhati berkata, pokok itu sengaja ditanam oleh kumpulan tertentu.

Ada juga mendakwa kerajaan menanamnya kerana mahu menangkap penagih dadah di bandar raya itu.
Jurucakap sebuah syarikat yang bertanggungjawab menanam pokok di sekitar Astana berkata, pihaknya juga melancarkan siasatan mengenai kewujudan pokok itu.

“Jika benar ia pokok ganja, kami akan memusnahkannya serta-merta,” kata jurucakap itu.

Kerajaan Kazakhstan sudah sekian lama berusaha memusnahkan tanaman ganja yang hidup liar di seluruh negara itu yang iklimnya amat sesuai untuk tanaman berkenaan, khususnya di Lemba Chu, kawasan yang dua kali ganda Perancis.

Meskipun menghisap ganja dan jual beli dadah diharamkan di Kazakhstan, ia mudah diperoleh dan sukar untuk polis membanterasnya.

Ini bukan kali pertama tanaman ganja hidup liar di tengah bandar raya.

Jun tahun lalu, pokok berkenaan ditemui hidup subur di batas pokok di kawasan antara Jambatan Tower dan bangunan The Shard di London selepas ia disemai penunjuk perasaan.

Kumpulan aktivis Feed The Birds berkata, mereka menabur benih ganja di sekitar kawasan awam di Britain untuk membuktikan tindakan mengharamkan ganja tidak akan berkesan kerana tanaman itu boleh hidup subur di mana-mana.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : FAKTA TENTANG ORANG YANG BERTANGAN KIDAL
    16.04.2012 - 1 Comments
    INFORMASI DAN INFOGRAFIK YANG SANGAT COOL TENTANG ORANG YANG MENGGUNAKAN TANGAN KIRI
  • 100 Fakta Menarik Tentang Korea Selatan Yang Korang Perlu Tahu !!
    15.09.2013 - 1 Comments
    1. Orang Korea jarang makan guna tangan kerana dianggap sebagai kurang sopan 2. Orang Korea suka makan…
  • Saleem dan Iklim kembali bersatu selepas 11 tahun menyepi
    26.02.2015 - 0 Comments
    Kumpulan Iklim yang kali terkahir melancarkan album pada tahun 2006 menerusi album Bunga Emas bakal…
  • GILA !! 6 wanita kaki kelentong diburu,Sila berhati-hati !
    03.03.2012 - 0 Comments
    IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM)…
  • Serius: Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui
    25.08.2016 - 0 Comments
    Australia - Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di…