Pasangan ini beratur seawal 2.30 pagi demi tudung ‎Fareeda !! ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 12 December 2015

Pasangan ini beratur seawal 2.30 pagi demi tudung ‎Fareeda !!

Pasangan ini beratur seawal 2.30 pagi demi tudung ‎Fareeda


SHAH ALAM - Pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan, peminat setia produk keluaran Fareeda sanggup beratur seawal jam 2.30 pagi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangraf) bagi mendapatkan edisi terhad Hijabista X Fareeda Mawar Versatile.

Norlela Abd Wahil, 28 dan suaminya, Mohd Salleh Abu Dihi, 39 datang dari Port Dickson ke Shah Alam, petang semalam.

Menurut Norlela, beliau meminati tudung Fareeda sejak awal keluarannya dan bersyukur mendapat sokongan suami.

"Saya memang meminati tudung Fareeda dari awal lagi jadi, saya tak akan lepaskan peluang daripada mendapat keluaran terhad ini.

"Selain itu, saya dapat langgan majalah Hijabista juga," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di sini, hari ini.

Majalah Hijabista menjalin kolaborasi buat julung kalinya dengan Fareeda yang menawarkan rekaan terbaharu tudung instan itu yang hanya 500 helai sahaja dan tidak dijual di mana-mana outlet Fareeda.

Ia didatangkan dengan konsep cukup eksklusif, diperbuat daripada kualiti sifon tertinggi dan datang dalam tiga warna sahaja iaitu biru firus, 'mint green' dan kuning diraja.

Bermodalkan RM80, pembaca Hijabista dan peminat tegar tudung Fareeda boleh datang ke Karangkraf untuk melanggan majalah dan mendapatkan sehelai tudung Fareeda sehingga jam 3 petang ini untuk sesi ramah mesra dengan Mawar dan suaminya, Fizo Omar.

sumber

P/s: gilo ke.huhuuuu..jom g surau.sampai sejam awl pon dah cun dahh


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • The SpareOne: Telefon Kecemasan Mudah Alih Tahan Lasak
    11.06.2013 - 0 Comments
    The SpareOne Emergency Phone dilengkapi dengan semua ciri-ciri yang anda perlukan untuk sebuah telefon…
  • Professor lost his job and got heavy penalty due to having a second child
    02.03.2012 - 0 Comments
    Yang Zhizhu, shown here in front of the Beijing Youth Politics College, was fired by the institute…
  • Inilah Manusia Yang Paling Bersemangat Untuk Mendapatkan iPhone 5S
    15.09.2013 - 0 Comments
    Apple akan melancarkan iPhone 5S pada 20 September 2013 tetapi lelaki ini yang begitu semangat telah…
  • PETUA TRADISIONAL KEMPIS PERUT & LANGSING LEPAS BERSALIN
    14.05.2012 - 0 Comments
    1.Kempiskan perut dengan Asam Keping. ******************************* -Ambil satu atau 2 keping asam…
  • SUPER DUPER COOL LIMOUSINE
    22.01.2012 - 0 Comments