Kerbau ini bernilai RM47.8 juta ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 27 April 2016

Kerbau ini bernilai RM47.8 juta

Kerbau ini bernilai RM47.8 juta


Johannesburg: Seekor kerbau dinamakan Horizon dilaporkan sebagai paling berharga di dunia apabila bernilai £8.5 juta (RM47.8 juta) disebabkan tanduknya yang berukuran 142 sentimeter.

Horizon sungguh berharga sehingga penjualan milikan sebanyak 25 peratus haiwan itu meraih lebih £2.1 juta (RM11.8 juta) kepada ahli perniagaan Afrika Selatan, Peter Bellingham, pada Februari lalu.

Horizon bagaikan lubuk emas dengan nilai tinggi terletak pada tanduknya yang luar biasa dan gen yang sempurna menyebabkannya menjadi buruan golongan penternak untuk membiakkan kerbau seumpamanya.

Pemilik taman rizab sering membeli kerbau untuk menarik pelancong dan Horizon memberi peluang untuk mereka membiakkan haiwan yang paling besar dan hebat.

Aktiviti memburu juga meraih keuntungan tinggi di Afrika, bererti kerbau dengan tanduk sehebat Horizon pasti menarik minat pemburu paling berpengalaman yang mahukan cabaran.

Horizon membiakkan anak berkualiti tinggi seterusnya nilai kerbau betina yang mengawan dengannya turut bertambah apabila kerbau bunting biasa bernilai £38,000 (RM214,000) manakala yang dibuntingkan Horizon pula lebih £121,000 (RM681,000).

Horizon kini dimiliki empat ahli perniagaan Afrika Selatan dan tinggal di ladang seorang pemiliknya, Piet du Toit di Rustenberg.

Setiap mereka mempunyai pegangan 25 peratus terhadap Horizon dan masing-maing dibenarkan mengawankannya dengan 10 kerbau betina setahun dengan hak terhadap anak dilahirkan.

Du Toit, 45, berkata: “Horizon bukan saja mempunyai tanduk yang hebat, malah sihat dan kerbau yang paling besar. Lazimnya tanduk kerbau cuma antara 91 sentimeter hingga 102 sentimeter.

“Jarang sekali kerbau jantan mampu menurunkan ciri-ciri genetik hebat kepada anaknya, tetapi Horizon menghasilkan anak yang sangat berkualiti tinggi dan ini menambah nilainya.” - Agensi

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • COOL : [Video] Anonymous Godam Hampir 600 Laman Web Israel Sebagai Balasan Serangan Ke Atas Gaza
    22.11.2012 - 0 Comments
    Ketika tentera Israel menyerang Gaza minggu ini, dan pada masa yang sama mengumumkan akan mematikan…
  • TIPS : Petua Untuk Mengatasi Mata Rabun
    07.10.2012 - 0 Comments
    1. Makan makanan yang mengandungi Vitamin A dan D, kangkung, karot, buah- buahan seperti epal, mangga,…
  • COOL : Inilah Pemilik Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia
    10.12.2012 - 0 Comments
    Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan…
  • Tutorial : Cara Memindahkan Mesej WhatsApp Anda Ke Smartphone Yang Baru
    19.03.2015 - 0 Comments
    Whatsapp adalah aplikasi terpenting bagi kita pada masakini, rata-rata dari kita kebanyakkannya lebih…
  • (Video) Atlet Jepun Gagal Ke Final Kerana Palang Tersangkut Pada Zakar
    18.08.2016 - 0 Comments
    TEMASYA Olimpik Rio 2016 kali ini menyaksikan pelbagai sorotan peristiwa menarik telah dipamerkan para…