Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 30 April 2016

Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman

Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman


Video mengenai seorang lelaki di Zhejiang China mula menjadi viral apabila dikatakan mengugut anggota polis.

Memetik dari Siakap Keli,lelaki berkenaan telah ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya dan memberi "ugutan pelik" untuk mengelakkan dari disaman.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana mempunyai 27 kesalahan lalu lintas yang belum dijelaskan.

Bagaimanapun lelaki berkenaan telah mengugut pihak polis dengan memberitahu yang dia adalah makhluk asing dan mengancam akan menghancurkan bumi sekiranya dia disaman.

Kejadian berkenaan telah dirakam oleh anggota polis dan menjadi viral di laman internet China.

“Anda mempunyai peraturan anda. Begitu juga kami di Bima Sakti ini. Saya dari kerabat diraja. Sekiranya anda melepaskan saya pergi, saya akan melupakan insiden ini.

“Tapi sekiranya anda bertegas juga, saya tidak akan teragak-agak menghancurkan bumi ini. Keluarga saya merupakan yang terbesar di galaksi ini dan tiada sesiapa pun yang berani mengganggu saya,” kata pemuda itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dari galaksi Bima Sakti mana dia datang.

Apa yang melucukan pihak polis bertanya kepada lelaki berkenanaan kenapa tidak menaiki ‘pesawat’ sebaliknya hanya menggunakan kereta.

“Saya tidak terbang menggunakan pesawat, saya memandu FUA….erm.. maksud saya UFO,” jelas lelaki tersebut.

Hingga kini, tiada perkembangan terbaru mengenai kejadian ini. Adakah dia telah disaman dan pulang ke angkasa lepas untuk bersiap sedia menyerang bumi?.




sumber

P/s : haha lawak pon ada.adoii.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • GILA : Mayat Dijadikan Patung Model Pakaian Pengantin
    07.10.2012 - 1 Comments
    Mungkin tertekan dengan kematian anak perempuannya, Pascuala telah “memumiakan” anaknya, Pascualita itu…
  • GILA : Bapa Pukul Anak Kemudian Muat Naik Di Internet Untuk Paksa Bekas Isterinya Pulang
    11.10.2014 - 0 Comments
    China - Seorang Bapa bernama Zhong Lo, 30 tahun bertindak kejam apabila memukul anak lelakinya berusia…
  • COOL !! CARA MENGHILANGKAN SELULIT SECARA SEMULAJADI
    09.03.2012 - 0 Comments
    Selain "stretch mark", satu lagi masalah kulit yang menghantui anda ialah selulit. Selulit merupakan…
  • 11 petua supaya isteri cepat mengandung
    21.01.2012 - 10 Comments
    1. 30 - 60 minit sebelum bersetubuh, pergi kencing dan bersihkan faraj dengan air sirih atau air garam…
  • COOL !! alat anti rogol yang terkini
    02.03.2012 - 6 Comments
    Ini ada berita baik untuk kaum wanita sekalian, mungkin lepas ni kes-kes rogol yang dok mencanak naik…