Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 30 April 2016

Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman

Lelaki Mengaku Makhluk Asing, Ugut Polis Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman


Video mengenai seorang lelaki di Zhejiang China mula menjadi viral apabila dikatakan mengugut anggota polis.

Memetik dari Siakap Keli,lelaki berkenaan telah ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya dan memberi "ugutan pelik" untuk mengelakkan dari disaman.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana mempunyai 27 kesalahan lalu lintas yang belum dijelaskan.

Bagaimanapun lelaki berkenaan telah mengugut pihak polis dengan memberitahu yang dia adalah makhluk asing dan mengancam akan menghancurkan bumi sekiranya dia disaman.

Kejadian berkenaan telah dirakam oleh anggota polis dan menjadi viral di laman internet China.

“Anda mempunyai peraturan anda. Begitu juga kami di Bima Sakti ini. Saya dari kerabat diraja. Sekiranya anda melepaskan saya pergi, saya akan melupakan insiden ini.

“Tapi sekiranya anda bertegas juga, saya tidak akan teragak-agak menghancurkan bumi ini. Keluarga saya merupakan yang terbesar di galaksi ini dan tiada sesiapa pun yang berani mengganggu saya,” kata pemuda itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan dari galaksi Bima Sakti mana dia datang.

Apa yang melucukan pihak polis bertanya kepada lelaki berkenanaan kenapa tidak menaiki ‘pesawat’ sebaliknya hanya menggunakan kereta.

“Saya tidak terbang menggunakan pesawat, saya memandu FUA….erm.. maksud saya UFO,” jelas lelaki tersebut.

Hingga kini, tiada perkembangan terbaru mengenai kejadian ini. Adakah dia telah disaman dan pulang ke angkasa lepas untuk bersiap sedia menyerang bumi?.




sumber

P/s : haha lawak pon ada.adoii.


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • COOL !! SIAPA PALING KUAT DAPAT FREE ULTRABOOK
    27.03.2012 - 0 Comments
    Hey guys,,ni ada video best hann nak share.han ada follow tweet intel,so diaorang share video ni.dan Han…
  • Mahukan Anak Kembar? Makan Ubi Kayu
    15.04.2017 - 0 Comments
    Melahirkan anak merupakan impian buat pasangan yang sudah berkahwin. Malah, ada yang mendambakan anak…
  • Mitos Mengenai Kappa(Mambang air kaum Jepun)
    13.06.2012 - 1 Comments
    KAPPA hey guys,korang pernah dengar pasal hantu air jepun/mambang air atau lebih dikenali KAPPA ?first…
  • Ini 6 Sebab Kenapa Perut Jadi Kembung Dan Berangin
    12.04.2017 - 0 Comments
    Perut kalau kembung dan berangin mesti ada sebab. Salah satu puncanya disebabkan makan tidak mengikut…
  • Benarkah Onani Punca Gemuk?
    25.01.2012 - 0 Comments
    SOALAN Saya suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam…