Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 May 2016

Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India

Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India
Mohinder Singh Gill, 79, duduk bersama isterinya, Daljinder Kaur, 70, yang memangku bayi lelaki yang dilahirkannya pada minggu lepas


NEW DELHI 10 Mei - Seorang wanita India yang melahirkan anak pada usia 70 tahun berkata, dia tidak terlalu tua untuk menimang cahaya matanya yang pertama.

Daljinder Kaur melahirkan seorang anak lelaki bulan lepas setelah menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) di sebuah klinik kesuburan di Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.

Menurut wanita itu yang telah berkahwin selama 46 tahun, pada mulanya mereka berputus asa selepas berdepan dengan pelbagai rintangan oleh masyarakat India yang melihat kemandulan sebagai sumpahan Tuhan.

“Tapi, Tuhan mendengar permintaan kami. Hidup saya juga kini sempurna. Saya akan menjaga bayi ini sendiri dan berasa sangat bertenaga ketika ini,” katanya. - AFP

sumber


0 comments:

Post a Comment