Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 May 2016

Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India

Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India
Mohinder Singh Gill, 79, duduk bersama isterinya, Daljinder Kaur, 70, yang memangku bayi lelaki yang dilahirkannya pada minggu lepas


NEW DELHI 10 Mei - Seorang wanita India yang melahirkan anak pada usia 70 tahun berkata, dia tidak terlalu tua untuk menimang cahaya matanya yang pertama.

Daljinder Kaur melahirkan seorang anak lelaki bulan lepas setelah menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) di sebuah klinik kesuburan di Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.

Menurut wanita itu yang telah berkahwin selama 46 tahun, pada mulanya mereka berputus asa selepas berdepan dengan pelbagai rintangan oleh masyarakat India yang melihat kemandulan sebagai sumpahan Tuhan.

“Tapi, Tuhan mendengar permintaan kami. Hidup saya juga kini sempurna. Saya akan menjaga bayi ini sendiri dan berasa sangat bertenaga ketika ini,” katanya. - AFP

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Fungsi Sebenar Bola-Bola Yang Berada Di Kabel Elektrik
    15.04.2017 - 0 Comments
    Kalau anda seorang yang benar-benar tumpukan perhatian pada setiap benda yang ada disekeliling, pasti…
  • Cara Mudah Untuk Membakar Kalori
    19.01.2012 - 0 Comments
    Kalori?? Hapee tu? Haa. Kalori ni macam tenaga yang terdapat dalam makanan yang korang lahap tu. Contohnya…
  • 5 Kegunaan Gel Silika Yang Mungkin Anda Tidak Tahu !!
    18.08.2016 - 0 Comments
    Bungkusan kecil yang mengandungi gel silika ini sering kali dibuang tanpa anda ketahui apakah fungsi ia…
  • COOL : Bekas Tangki Minyak Pesawat Tempur US Semasa Perang Vietnam Dijadikan Sampan
    05.11.2014 - 0 Comments
    Jet tempur taktikal banyak bergantung kepada bahan api JP-4 yang dimuatkan pada tangki minyak tambahan.…
  • Badan Dipenuhi Cacing Dek Kerana Gemar Makan Sushi
    11.10.2014 - 0 Comments
    Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal  Imbasan mendedahkan…