(8 Gambar) Taman Beracun Di England ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 25 August 2016

(8 Gambar) Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England


Taman Alnwick merupakan sebuah kompleks taman formal yang terletak bersebelahan dengan Istana Alnwick di bandar Alnwick, Northumberland, England. Taman ini telah diilhamkan daripada taman-taman botanikal legenda di Padua oleh seorang wanita bangsawan Inggeris bagi mendedikasikan sepenuhnya kepada flora yang membawa maut dan/atau narkotik ini.

Disebalik pintu hitam yang besar tersebut mengandungi kira-kira 100 jenis tumbuhan pembunuh legenda seperti Atropa Beladonna (deadly nightshade), Strychnos nux-vomica (strychnine), dan Conium maculatum (hemlock).


Di sekeliling taman tersebut juga mempunyai panduan bagi menerangkan sifat-sifat beracun tumbuhan terutamanya bagi kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu dari tumbuh-tumbuhan tersebut dan memberi amaran kepada mereka: "Jangan sentuh dan bau mana-mana tumbuhan. Ia boleh membunuh anda." 


Tumbuh-tumbuhan ini ditanam di taman tersebut buat pertama kalinya pada tahun 1750 oleh Duke yang pertama dan telah melalui beberapa proses pengubahan sepanjang Perang Dunia Ke-2. Pada tahun 1950, taman ini pernah ditutup, namun ia telah dibuka semula menjadi sebuah taman yang serba baru dan moden.


Disebabkan bahaya racun yang ditimbulkan oleh tumbuh-tumbuhan di sini amat nyata (ada yang boleh membunuh melalui sentuhan), sesetengah daripada tumbuhan ini disangkar, dan ada yang dijaga dengan sekuriti 24 jam sehari. Bahagian-bahagian lain yang terdapat di taman tersebut adalah sebuah rumah pokok dan pengunjung juga berpeluang untuk melihat sebahagian Istana Alnwick yang pernah menjadi sekolah sihir Hogwarts di dalam filem pertama Harry Potter.

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England

Taman Beracun Di England



Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fakta : Air Mani Digunakan Oleh Agen Perisikan MI6 Untuk Menulis Surat Rahsia
    11.04.2017 - 0 Comments
    LONDON - Sperma pernah digunakan sebagai cecair tulisan lutsinar yang paling efektif kerana tidak boleh…
  • COOL !! News reporter falls asleep on live tv!
    16.03.2012 - 0 Comments
    hey guys,i just wanna share something hilarious.haha LIKE A BOSS.haha
  • Lelaki Ini Tak Pernah Turun Tangan Selama 38 Tahun
    04.11.2012 - 0 Comments
    NEW DELHI: Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973. Bekas kerani, Manhant…
  • 6 Fakta Tentang KFC Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    28.10.2014 - 0 Comments
    1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890. 2. Pada tahun 1986,…
  • SABRE : Enjin Roket Teknologi Tinggi Yang Mampu Bawa Manusia Ke Angkasa Dalam 15 Minit
    09.04.2017 - 0 Comments
    Reaction Engines, iaitu sebuah teknologi yang boleh membantu mempercepatkan pesawat yang sedia ada…