Luke Aikins cipta sejarah terjun tanpa payung terjun ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 18 August 2016

Luke Aikins cipta sejarah terjun tanpa payung terjun

Luke Aikins cipta sejarah terjun tanpa payung terjun


WASHINGTON: Bekas pelakon lagak ngeri warga Amerika menjadi penerjun pertama terjun pada ketinggian 7,600 meter tanpa payung terjun, sebaliknya mendarat dalam jaring di selatan California.

Luke Aikins, 42, menghabiskan setahun setengah mempersiapkan diri untuk melakukan aksi berani mati itu yang membabitkan terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley.

Rangkaian televisyen Fox menyiarkan aksi lompatan dua minit itu secara langsung di TV realiti khas selama sejam.

Luke Aikins cipta sejarah terjun tanpa payung terjun

"Beri perhatian kepada sains dan matematik di sebaliknya. Dan kami akan tunjukkan kepada anda apa yang mungkin," kata Aikins, 42, yang mengendalikan sebuah sekolah terjunan udara di Washington, sebelum berlepas.

Terdapat banyak kaedah di sebalik kegilaan Aikins yang pernah membuat lebih daripada 18,000 terjunan udara.

Beliau yang juga seorang juruterbang kapal terbang dan helikopter membuat terjunam seiring pertamanya ketika berusia 12 tahun dan terjunan solo empat tahun kemudian. - Agensi


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais
    02.05.2016 - 0 Comments
    CHICAGO: Seorang wanita menjadi tumpuan di Amerika Syarikat (AS) kerana memfailkan saman berjumlah AS$5…
  • Bolehkah Kita Minum Terus Air Dari Paip? Ini Jawaban Dari SYABAS
    15.05.2017 - 0 Comments
    Berjalan di mana-mana sekarang ini pasti ada penjual penapis air menegur untuk cuba menjual produk…
  • 5 Ciri-ciri Lelaki yang Belum Matang
    25.01.2012 - 0 Comments
    1-Gila clubbing Ramai orang suka berhibur dan lepak2 dengan kawan2, tapi kalau umur lelaki tu lebih 25…
  • Pelanggan kena kira sendiri harga makanan guna formula matematik
    18.08.2016 - 0 Comments
    MENU yang mempamerkan soalan matematik rumit. Beijing: Menu sebuah restoran di China menguji kepintaran…
  • Antonov 225, Pesawat Terbesar Dunia Mendarat Di KLIA
    15.05.2016 - 0 Comments
    Seperti yang dilaporkan dalam media semalam, pesawar terbesar dunia, Antonov 225 telah selamat mendarat…