Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 November 2016

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Flagship terbaru Google, Google Pixel yang boleh dikatakan saingan hebat kepada iPhone 7 baru-baru ini telah digodam sekumpulan penggodam China, lebih mengujakan ianya mengambil masa kurang dari 60 saat sahaja.

Bertempat di PwnFest, pertandingan antara penggodam di Seol, Korea Selatan, kumpulan penggodam China atau lebih dikenali dengan nama panggilan Qihoo 360 menunjukan bagaimana mereka berjaya menceroboh peranti Android tersebut melalui kelemahan ‘Zero-Day vulnerability’ iaitu kelemahan sesuatu perisian (software) yang tidak diketahui oleh vendornya.

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Mengeksploitasi kelemahan pada aplikasi Google Play Store menggunakan perintah RCE (remote code execution), mereka kemudiannya menunjukkan mesej ‘Pwned by 360 Alpha Team‘ yang dipaparkan pada Google Chrome sebagai bukti.

Kejayaan menggodam Google Pixel, Qihoo 360 memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak $120,000 Usd. Dan terkini, pihak Google di dalam proses memperbaiki kelemahan ini disamping menambah baik sistem keselamatan mereka pada masa akan datang.

Buat pengetahuan anda, Qihoo 360 sebelum ini pernah memenangai hadiah wang tunai berjumlah $520,000 Usd selepas berjaya menemui kelemahan pada Microsoft Edge di Windows 10. Mereka juga adalah kumpulan yang sama menjumpai kelemahan pada Adobe Flash dan MacOS Seirra.


sumber


0 comments:

Post a Comment