Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 13 November 2016

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Flagship terbaru Google, Google Pixel yang boleh dikatakan saingan hebat kepada iPhone 7 baru-baru ini telah digodam sekumpulan penggodam China, lebih mengujakan ianya mengambil masa kurang dari 60 saat sahaja.

Bertempat di PwnFest, pertandingan antara penggodam di Seol, Korea Selatan, kumpulan penggodam China atau lebih dikenali dengan nama panggilan Qihoo 360 menunjukan bagaimana mereka berjaya menceroboh peranti Android tersebut melalui kelemahan ‘Zero-Day vulnerability’ iaitu kelemahan sesuatu perisian (software) yang tidak diketahui oleh vendornya.

Google Pixel Digodam Penggodam China Dalam Masa Kurang Dari 60 Saat


Mengeksploitasi kelemahan pada aplikasi Google Play Store menggunakan perintah RCE (remote code execution), mereka kemudiannya menunjukkan mesej ‘Pwned by 360 Alpha Team‘ yang dipaparkan pada Google Chrome sebagai bukti.

Kejayaan menggodam Google Pixel, Qihoo 360 memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak $120,000 Usd. Dan terkini, pihak Google di dalam proses memperbaiki kelemahan ini disamping menambah baik sistem keselamatan mereka pada masa akan datang.

Buat pengetahuan anda, Qihoo 360 sebelum ini pernah memenangai hadiah wang tunai berjumlah $520,000 Usd selepas berjaya menemui kelemahan pada Microsoft Edge di Windows 10. Mereka juga adalah kumpulan yang sama menjumpai kelemahan pada Adobe Flash dan MacOS Seirra.


sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kepala Wanita Tersepit Di Pintu Gerabak, Pegawai Stesen Buat Tak Nampak
    11.04.2017 - 0 Comments
    Nasib malang menimpa seorang wanita apabila kepalanya tersepit pada pintu gerabak kereta api bawah tanah…
  • Ferrari ini bernilai RM100 juta
    21.06.2012 - 0 Comments
    LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling…
  • AWAS !! Sila Waspada Dengan Serangga Ini!
    14.04.2012 - 0 Comments
    Waspada terhadap serangga ini. Walaupun Nampak kecil dan rupa seolah-olah kerengga tetapi serangga ini…
  • MELAMPAU !! Penghinaan Terhadap Islam.Anjing Di Pakaikan Serban.
    23.10.2014 - 0 Comments
    Kuala Nerus: Penyebaran gambar memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia…
  • Tutorial: Buang Virus Malware Dalam Blog
    25.01.2012 - 0 Comments
    Ramai blogger xtau yang blog die ade virus nie Sesiapa yg nk tau boleh cuba tutorial ni Ni Contohnye bila…