Ini Jawapannya Kenapa Tali Kasut Terbuka Tiba-tiba Walaupun Dah Ikat Ketat ~ Bila Han Bercerita

Friday, 21 April 2017

Ini Jawapannya Kenapa Tali Kasut Terbuka Tiba-tiba Walaupun Dah Ikat Ketat

Ini Jawapannya Kenapa Tali Kasut Terbuka Tiba-tiba Walaupun Dah Ikat Ketat


Soalan ini menjadi topik kepada sekumpulan jurutera mekanikal di Universiti of California, dan mereka merumuskan bahawa masalah ini berkait rapat dengan faktor fizikal.

Menurut kumpulan ini, ikatan tali kasut terbuka dengan sendirinya kerana terdapatnya daya yang bertindak dari arah bertentangan dengan kaki yang diayunkan ketika berjalan. Daya berkenaan adalah seperti daya geseran dengan angin, daya kinetik dan daya potensi.

Kasut yang dihentak ke tanah, menambahkan lagi daya yang betindak ke atas tali kasut, seterusnya menyebabkan tali kasut mudah terbuka dengan sendirinya.

Kajian ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan ke atas kasut yang berjalan di atas sebuah treadmill, dan diterbitkan dalam Journal Proceeding of the Royal Society.

tali kasut terbuka, tali kasut cantik








1 comment: