Remaja Ini Menjadi Juruterbang Pesawat Paling Muda Di Dunia ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 20 April 2017

Remaja Ini Menjadi Juruterbang Pesawat Paling Muda Di Dunia

pilot muda


LONDON: Usianya baru 26 tahun, tetapi Kate McWilliams telah mencipta nama apabila menjadi juruterbang pesawat penumpang paling muda di dunia.

Wanita itu dinaikkan pangkat daripada pegawai pertama menjadi kapten di syarikat penerbangan tambang murah easyJet yang beroperasi di Britain, baru-baru ini.

Menurut laporan Mail Online, karier Kate bermula apabila dia menyertai krew penerbangan pada usia 13 tahun sebelum melakukan penerbangan solo tiga tahun kemudian.

Pada usia 19 tahun, dia mengambil keputusan untuk menyertai latihan sebagai juruterbang, sekali gus mengorak langkah untuk menjadi kapten pesawat komersial paling muda di dunia.

Menurut Kate, dia sering ditanya tentang usia oleh krew dan penumpang hampir setiap hari, dan kebanyakan mereka kagum dengan pencapaiannya serta mahu mengetahui rahsia kejayaannya.

"Secara jujurnya, saya tidak fikir tentang umur. Saya melalui latihan yang sama dan lulus seperti kapten yang lain.

"Apabila saya memberitahu usia sebenar, mereka akan kagum dan tertanya-tanya bagaimana saya boleh berjaya pada usia muda," kata anak kelahiran Carlisle itu.

Hanya lima peratus juruterbang pesawat komersial merupakan wanita dan tahun lalu, easyJet mengumumkan untuk melahirkan lebih ramai juruterbang wanita dengan sasaran 12 peratus dalam tempoh dua tahun.



sumber



0 comments:

Post a Comment