Tak Sampai RM20 Dah Boleh Buat Ayam Goreng Cheese Ala Korea ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 July 2017

Tak Sampai RM20 Dah Boleh Buat Ayam Goreng Cheese Ala Korea

resepi ayam keju, ayam cheese, padu beb, makanan hipster, menu hipster,

Tidak dinafikan ayam goreng memang enak dimakan bersama keju yang cair dan panas. Kini, ia menjadi kegilaan orang ramai hinggakan ada yang sanggup beratur panjang demi ayam goreng cheese ala Korea.

Walaupun harganya agak mahal jika dimakan di restoran, namun orang ramai seakan tidak kisah membayar pada harga yang tinggi. Di Korea, ayam goreng cheese dianggap makanan popular kerana rakyat negara itu amat menggemari ayam goreng selain daging, kimchi dan sebagainya.

Kini, anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan harga RM20. Malah, anda boleh goreng berapa banyak ayam goreng dan letak berapa banyak keju yang anda suka.

resepi ayam keju, ayam cheese, padu beb, makanan hipster, menu hipster,

Bahan-bahan

1-1 1/2 keping dada ayam
6-7 ulas bawang putih
1-2 sudu kecil lada hitam
1-2 sudu serbuk kari
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
Serbuk roti
Garam secukup rasa
Mozarella cheese secukupnya

Cara-cara

– Potong ayam menjadi kecil dan bentuk dadu. Ketepikan.
– Tumbuk bawang putih bersama lada hitam.
– Perap ayam dengan bawang putih , lada hitam , serbuk kari dan garam.
– Perap 1 jam atau lebih.
– Pecahkan telur sebiji dalam perapan ayam tadi.
– Masukkan 2-3 sudu besar tepung jagung. Gaul rata.
– Golekkan ayam ke dalam serbuk roti dan goreng sehingga keemasan.
– Cairkan mozarella cheese guna api sederhana di dalam non-stick pan.
– Kacau sehingga keju betul-betul cair.
– Setelah keju cair, boleh tuangkan keju dalam pinggan yang ada ayam goreng tadi atau letak ke dalam bekas lain.
– Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


sumber : Vitdaily

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • CUTE GILA !! TIKUS TIDUR BERDENGKUR
    27.01.2012 - 0 Comments
    comel gila.hehe sumber
  • Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan
    15.11.2014 - 0 Comments
    Anak kepada selebriti terkenal, Aaisyah Dhia Rana yang belum pun menjangkau setahun tetapi populariti…
  • Kreatif: Dakwat Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca
    25.08.2016 - 0 Comments
    Ia nya merupakan satu realiti dimana bila kita membeli buku, jarang kita membacanya dan akhirnya ia akan…
  • Inilah Keadaan Wajah Seorang Wanita Yang Menggunakan Steroid Selepas 20 Tahun
    22.10.2014 - 0 Comments
    Dia memulakan kerjaya sebagai ahli bina badan professional. Sepanjang karier, dia telah dinobatkan sebagai…
  • COOL!! TEKSI TANPA PEMANDU
    10.02.2012 - 0 Comments
    Perjalanan di dalam teksi adalah agak membosankan sekiranya anda tidak berbual2 dengan pemandunya. Tapi…