Bila Han Bercerita

Saturday, 5 May 2012

TERKINI : Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha





PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).

“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Katanya, pada awal siaran tiada sebarang gangguan berlaku ketika saluran itu menyiarkan siaran langsung persiapan majlis itu sepanjang hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Justeru, apabila terdapat gangguan yang merencatkan siaran langsung majlis pernikahan pada sebelah malam, ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

“Kami tidak menghadapi gangguan ketika menyiarkan cebisan persiapan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung. Tidak sangka pula berlaku gangguan ketika majlis akad nikah hendak diadakan.

“Bagaimanapun, kami akan menyiarkan semula rakaman majlis itu pada pukul 8.30 malam ini (Sabtu) di Astro Ria dan mungkin juga akan siarkan ulangan program itu dari masa ke semasa sebagai tanda kekesalan kami terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Raqim berkata, Astro Ria adalah saluran rasmi yang menyiarkan liputan menyeluruh majlis perkahwinan pasangan itu termasuklah majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad ini (esok).

“Seperti yang kami lakukan pada majlis perkahwinan Lisa dan Yusry sebelum ini, Astro Ria akan juga menyiarkan liputan menyeluruh majlis perkahwinan Scha dan Awal.

“Rakaman majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan pada esok (Ahad) akan disiarkan selama sejam bermula pukul 9 malam masing-masing pada 11 dan 18 Mei depan,” katanya.

sumber

Share:

Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz




PUTRAJAYA - Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan  Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.

Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Mas kahwin adalah RM2,050.

Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman di sini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Awani.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.

Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.-sumber
Share:

Friday, 4 May 2012

COOL : Konsep Rumah Bergerak Masa Hadapan

GM Pad ialah sebuah konsep rumah bergerak yang dinspirasikan dari campuran kereta dan komuter dan dihasilkan pada tahun 2006.GM Pad ialah sebuah konsep yang dihasilkan oleh Steve Anderson, Senon B. Franco lll dan Jay Bernard untuk pertandingan California Design Challenge. GM Pad ialah sebuah kenderaan hibrid dengan panel solar pada bahagian atap untuk membekalkan tenaga elektrik kepada perkakas dalaman



PAD GMC mempunyai sistem Diesel-Electric hibrid, yang bertindak sebagai penjana untuk grid kuasa atas kapal serta pendorongan untuk DriveMode. Dengan teknologi pengurusan sumber PAD, bekalan bahan api & air di atas kapal akan berlangsung selama beberapa minggu atau bulan di akhir. Pada waktu siang, SkyDeck PAD mempunyai 6 M-Persegi sel fotovoltaik yang mengumpul dan menyimpan tenaga semula jadi matahari. Satu alat bantuan penggantungan elektromagnet dalam meratakan & penstabilan apabila PAD sedang digunakan dalam LifeMode yang serta menakjubkan bagi pengendalian mudah semasa dalam DriveMode.ianya juga cool kerana disertakan satelit WIFI serta banyak kemudahan selain menonton tv secara live







Share:

COOL : Jam Dengan Sistem Hydraulic HYT

 HYT- the Hydro Mechanical Horologists ialah jam yang unik kerana ia menggunakan sistem hidrolik bagi menunjukkan waktu. Bendalir didalam tiub akan mengalir dan berfungsi sebagai hour hand dalam jam ini. pihak HYT mengatakan jam ini dapat berfungsi berterusan selama 65 jam sebelum perlu dikunci. Jam yang awesome ini berharga USD 45 000. sape ada duit beli la.hidrolik.,giler unik.



sumber
Share:

Thursday, 3 May 2012

TERBARU : Pengesahan dari Mazidul Akmal tentang kematian Bob Kuman




Fuh,,hari ni seharian tak dapat buka blog,internet problem.jadi gua buat keputusan untuk blogwalking dan buka fb guna handphone.tengah merayau jumpa benda yang mengejutkan.mari kita sedekahkan al fatihah untuk bob kuman.

sini laporan penuh dari sinar harian disertakan status facebook Mazidul Akmal.



SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.



Menurut  Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya.

Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.-SINAR HARIAN
Share:

Wednesday, 2 May 2012

PERGH : Pelajar ke tingkatan 6, matrikulasi dan IPT dikecualikan sertai PLKN




KUALA LUMPUR: Pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS dibenarkan menangguh untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang
Kechil, berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pelajaran, dengan pelatih dibenarkan menyertai PLKN selepas tamat pengajian.

Persetujuan juga dicapai untuk menetapkan had umur maksimum 35 tahun untuk
peserta menyertai program itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan
pergerakan pelatih-pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 9 di Padang Bangunan Zetro,
Wangsa Maju di sini, hari ini.

Program 2 Siri 9/2012 PLKN yang bermula hari ini melibatkan pergerakan 53,348 pelatih di seluruh negara dengan menaiki 906 bas, 46 penerbangan dan
sembilan feri untuk tempoh tiga hari ini.

Pergerakan hari ini membabitkan seramai 19,300 orang dengan menaiki 324 bas, 29 penerbangan dan sebuah feri.

"Penangguhan ini bagi membantu ibu bapa supaya tidak perlu mengambil anak
mereka yang menyertai latihan ini untuk melanjutkan pelajaran dan akan
menghantar anak mereka untuk menyertai latihan ini kembali setelah tamat
pengajian," katanya.

Abdul Hadi berkata, selain itu, calon yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dijangka diumumkan
pada September depan, dibenarkan untuk memohon menyertai PLKN.

Beliau berkata, permohonan untuk menyertai PLKN akan dibuka seawal-awalnya hujung minggu.

Abdul Hadi juga berkata, JLKN juga mengadakan kaji selidik mengenai
status indeks jisim tubuh (BMI) 32,032 orang pelatih PLKN kumpulan satu awal
tahun ini bagi mengenal pasti kesesuaian aktiviti fizikal atau keperluan mereka.

Katanya selepas 10 minggu menyertai PLKN, seramai 397 daripada 2,502
peserta yang di bawah kategori obesiti dan 207 orang daripada 4,003 peserta di
bawah kategori gemuk berjaya menurun berat badan.

Kesemua 504 peserta itu mendapat berat badan yang ideal setelah menamatkan
latihan mereka, katanya.

"Ini adalah kali pertama program itu dijalankan, dan berharap selepas mereka
menamatkan latihan ini, mereka akan terus mengekalkan berat badan yang ideal, "
katanya. - BERNAMA


P/s :zaman aku dulu tak dilaksanakan pulak.adess :/
Share:

Jutawan maut ditikam anak sendiri


TRAGEDI...ahli keluarga membawa mayat mangsa keluar dari bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun, semalam. Gambar kecil, Jaswant maut.


IPOH: Seorang remaja lelaki menikam perut dan dada ayahnya dengan dua pisau hingga mati sebelum membuat laporan polis palsu kononnya mangsa diserang perompak yang memecah masuk rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, di sini, awal pagi semalam.

Suspek terbabit berusia 15 tahun yang juga anak sulung mangsa turut menyelerakkan perabot dalam rumah supaya kejadian itu kelihatan seperti rompakan.

Sumber polis berkata, mangsa seorang jutawan syarikat kayu dikenali sebagai Jaswant Singh Udan Singh, 40, dan kejadian berlaku jam 1.30 pagi.

Menurutnya, suspek yang masih bersekolah di tingkatan tiga itu membunuh ayah kandungnya kerana berang dengan sikap mangsa yang sering memukul ibunya.-sumber


“Kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek tinggal berdua di rumah teres dua tingkat itu manakala isteri mangsa, Kamaljit Kaur, 35, serta seorang lagi anak berusia 13 tahun berada di rumah ibu mentuanya..
Share:

Tuesday, 1 May 2012

COOL : Mouse Cyborg Yang Brutal Dan Awesome



Mouse ini diberi nama Mad Catz Cyborg MMO 7. Mad Catz ini mempunyai 13 butang yang berbeza dan 78 perbezaan programmable commands.gua pon tak tau nak guna.hehe. Harga Mad Catz ini USD130.00,so kalau ada sape2 nak beli ke?hehe.nampak cool.tapi harga dia.LOL








Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...