Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 5 May 2012

Alhamdulillah Awal-Scha sah digelar suami isteri dengan sekali lafaz




PUTRAJAYA - Hampir tiga tahun menyulam cinta, pasangan Awal Ashaari, 31, dan Scha Al Yahya, 29, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, malam ini.

Pasangan pengantin, Ahmad Awaluddin Ashaari dan  Sharifah Norazean Syed Mahadzir ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus.

Sharifah Norazean atau Scha memberi sembilan dulang hantaran kepada Ahmad Awaluddin atau Awal. Awal pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Mas kahwin adalah RM2,050.

Majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Pullman di sini disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Awani.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan itu mengumumkan bahawa majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 6 Mei.

Awal dalam sidang media bersama sebelum ini juga memberitahu bahawa dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.-sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bayi Meninggal Dunia Akibat Ditimpa Buah Durian Semasa Didukung Ibu
    01.12.2012 - 0 Comments
    NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua…
  • 5 Kesan Berbahaya Menjemur Pakaian Basah Di Dalam Rumah
    01.06.2017 - 0 Comments
    Tahukah anda jemur kain di dalam rumah boleh berkait dengan masalah kesihatan? Ini merupakan beberapa…
  • Anak Jackie Chan Botakkan Rambut Simbolik Untuk Berubah
    26.02.2015 - 0 Comments
    Anak kepada pelakon Jackie Chan, Jaycee yang baru dibebaskan dari penjara akibat penyalahgunaan dadah…
  • Isi Buah Durian Berwarna Merah
    31.01.2012 - 0 Comments
    Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita…
  • Harga Semua Jenis Rokok Naik Mulai 12.00 Malam Ini
    05.11.2014 - 0 Comments
    Adalah dimaklumkan, susulan kenaikan duti eksais oleh Kerajaan pada 1 November 2013, Commercial Marrketers…