Bila Han Bercerita

Sunday, 5 August 2012

Lagu Rasmi Hari Kemerdekaan Ciplak Lagu Kristian?

Lagu Rasmi Hari Kemerdekaan Ciplak Lagu Kristian?

Hello semua,ok semua org tahu sekarang ni logo dan juga lagu kemerdekaan kita menjadi isu.sebelum tu aku nak bgtau,blog ni bukan lah memihak pada mana2 parti politik.aku tulis entri ini atas dasar sense of humor dan pendapat peribadi aku.sebelum tu betul ke lagu tema merdeka 55 ini ciplak lagu lain??okay.kita denga dulu kat bawah ni





so apa pendapat korang ?? sekadar pendapat peribadi aku la
1) kenapa banyak gila dislike??
2) kenapa lirik lagu semua berunsur politik,bukan patriotik ??(dah la ciplak) lolol.dan ni link asal lagu dia yang mengutuk pembangkang,tapi ditukar semula kerana tidak dipersetujui oleh PM kita.>LINK<
3)lirik lagu yang dijumpai >> "Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi "..bagi br1m untuk balas budi vote bn?cenggitu ke?huhu.kalau salah mohon diperbetulkan..ada 2,3 videolagu tema kemerdekaan yang diupload dan mostly sume banyak yang dislike.kenapa?? TROLOL..fikir sendiri.. :)

P/s : aku tak memihak pada mana2 parti,cuma selagi aku waras,aku akan pilih parti yang dapat menjamin negara.LOL
Share:

Cool : Apartmen Kecil Diilhamkan Dari Lego

Apartmen Kecil Diilhamkan Dari Lego

Apartmen milik Christian Schallert di Barcelona ini hanya seluas 258 kaki persegi dan tidak muat jika beliau ingin meletakkan segala jenis perabot. Oleh itu beliau telah mereka design rumah ini supa segala perabotnya boleh disorokkan sekali gus menjimatkan ruang.




sumber

Share:

Anak Anne Ngasri Panggil Alif Aziz 'Daddy'


Anak Anne Ngasri Panggil Alif Aziz 'Daddy'


Pelakon Anne Ngasri mengakui tiga anaknya memanggil kekasihnya iaitu penyanyi dari Singapura, Alif Aziz dengan panggilan 'daddy'.

Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, anak-anaknya iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, sangat rapat dengan Alif kerana sering menghabiskan masa bersama-sama.

"Anak-anak memang rapat dengan Alif dan mereka memanggilnya dengan panggilan 'daddy'.

"Alif juga tidak kekok melayan karenah mereka dan menerima anak-anak saya dengan hati terbuka," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Anne, walaupun Alif masih muda tetapi sifat matang dan bertanggungjawab penyanyi berusia 21 tahun itu telah membuatkan dia semakin selesa bersamanya.

"Usia bagi saya bukan ukuran tetapi kematangannya yang membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya," ujarnya.

Dalam pada itu, Anne memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan cinta mereka terutama keluarga Alif yang begitu menyenangi kehadirannya dan anak-anak.

Ujar Anne, restu keluarga adalah sangat penting dan dia bertambah yakin untuk meneruskan hubungan bersama Alif kerana faktor tersebut.

"Saya adalah seorang ibu tunggal dengan tiga anak dan memang risau jika keluarga Alif tidak dapat menerima saya. Tetapi Alhamdulillahlah keluarga kedua-dua belah pihak menerima hubungan kami dengan baik," katanya.

Sementara itu, Anne menjelaskan hubungannya dengan bekas suami, Abdul Wafi Hassan juga sangat baik dan dia tidak membelakangkan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka.

Anne memberitahu walaupun sudah berpisah hubungan ibu, bapa dan anak haruslah rapat bagi memastikan mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya.

Dalam perkembangan lain, Anne memberitahu selain sibuk di lokasi penggambaran filem Pengapit dia bakal sibuk dengan beberapa lagi projek selepas Hari Raya nanti.

sumber

Share:

Friday, 3 August 2012

Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Seluruh Malaysia pada 8/8/2012


Aiskrim Baskin-Robbins Percuma Seluruh Malaysia pada 8/8/2012


Kepada yang masih belum tahu, Media Prima berkolaborasi dengan Baskin-Robbins Malaysia akan memberikan Aiskrim Percuma di 61 Cawangan Baskin-Robbins seluruh Malaysia (kecuali kiosks di Pantai Hospital dan Genting Theme Park) sekiranya Malaysia memenangi Emas Olimpik pertama nanti. Waktu aiskrim percuma tu ialah 8-10pm pada 8/8/2012. wohoo.best lol


It's Media Prima's intention to unite Malaysian in collaboration with Baskin-Robbins to give away FREE ice-cream on Wednesday, 8 August 2012 from 8pm till 10pm at all 61 #BaskinRobbins outlets nationwide (excluding two kiosks at Pantai Hospital & Genting Theme Park) IF Malaysia wins its first #Olympic GOLD medal! http://instagr.am/p/N0ipeGvs2Z/

Share:

Rumah Aznil dimasuki perompak,rugi rm40,000


Rumah Aznil Nawawi dipecah masuk, rugi RM40,000


Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

sumber

Share:

Wednesday, 1 August 2012

Tips Untuk Mengelak Bayi Cacat


Tips Untuk Mengelak Bayi Cacat


Cacat atau tidak janin yang korang kandung sememangnya ketentuan Tuhan, namun begitu korang sebenarnya masih boleh berusaha untuk mengelakkannya. Sekiranya korang inginkan kehamilan yang sihat dan janin yang dikandung sempurna bila dilahirkan kelak, ada beberapa perkara yang perlu diusahakan. Sebaiknya lakukan hal di bawah ini sebelum korang merancang kehamilan sehinggalah korang benar-benar hamil.

Berhenti Merokok

Ramai wanita sekarang yang merokok. Sekiranya korang berhasrat untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil akan mengakibatkan bayi yang korang kandung lahir dengan berat badan yang kurang.

Makan Makanan Sihat

Makanlah menu makanan yang mengandungi lima jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh. Setiap hari korang perlu mengambil makanan berupa gandum, sayuran, susu, produk yang mengandungi susu, daging dan protein.

Elakkan Alkohol

Alkohol dan kafein adalah dua perkara yang perlu dijaga oleh wanita yang hamil. Tidak ada kadar alkohol atau kafein yang selamat untuk diambil oleh wanita ketika hamil. Kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda dan coklat juga harus dikurangkan.

Nasihat Doktor

Jangan mengambit ubat-ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.

Ambil Asid Folik

Ia penting diambil oleh wanita yang baru hamil. Kajian yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang hingga 80 peratus.

sumber : fb

Share:

Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri


Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri


Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan merosakkan bateri tidak kami dapat sangkal lagi kebenaran memang ada.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop.

Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun.
Share:

Bekas Pengurus Fail Saman Terhadap Hafiz AF


Bekas Pengurus Fail Saman Terhadap Hafiz AF


KUALA LUMPUR — Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ”Awan Nano” hari ini disaman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Beliau memfail saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan Salih Yaacob Show di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya. – BERNAMA
Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...