Rumah Aznil dimasuki perompak,rugi rm40,000 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 3 August 2012

Rumah Aznil dimasuki perompak,rugi rm40,000


Rumah Aznil Nawawi dipecah masuk, rugi RM40,000


Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki.

Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa.

Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

sumber

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Iniliah Rokok Termahal Di Dunia, Dibalut Menggunakan Kertas Emas 24 Karat
    18.10.2013 - 0 Comments
    Rokok yang berharga US$65 ini boleh dikatakan sebagai rokok termahal di dunia. Hal ini kerana ia dibalut…
  • Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat
    27.02.2012 - 0 Comments
    Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan…
  • GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara
    19.02.2012 - 0 Comments
    MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19…
  • Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna Dibongkar
    02.12.2014 - 0 Comments
    ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan…
  • ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri
    17.03.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya…