Bila Han Bercerita

Friday, 26 October 2012

WAJIB TAHU! 10 Soalan Sebelum Anda Masuk Meminang


WAJIB TAHU! 10 Soalan Sebelum Anda Masuk Meminang


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwinan bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

sumber

P/s :nice tips weh.

Share:

Misi mencipta rekod kereta yang lebih laju daripada peluru


Misi mencipta rekod kereta yang lebih laju daripada peluru

SYDNEY – Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.

McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam.

Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru.

Kos bagi menghasilkan kereta itu ialah AS$4.2 juta (RM12.75 juta).

Kereta itu yang diberi nama Invader 5R sepanjang 16 meter.

Ia dijana kuasa roket dan menggunakan bahan bakar bio serta cecair oksigen.

Dia dan anggota-anggota pasukannya akan menguji kereta tersebut pada tahun depan.

sumber

Share:

Gadis 16 Tahun Tertekan Ditumbuhi Misai Dan Janggut


Gadis 16 Tahun Tertekan Ditumbuhi Misai Dan Janggut

CHINA – Ketika rakan sebayanya sedang enak menikmati masa remaja mereka dengan belajar atau berpacaran, keadaan berbeza dengan Nana.

Ini kerana, gadis berusia 16 tahun itu, hanya mengurung diri dalam bilik dan menangis setiap hari mengenangkan nasibnya apabila mukanya ditumbuhi misai dan janggut.

Keadaan itu berlaku selepas dia menjalani rawatan akibat penyakit anemia yang dialaminya pada 2010.

Bagi menyelamatkan nyawanya, doktor terpaksa menggunakan sejenis ubat, namun Nana mengalami alahan pada produk berkenaan.

Menurut ibunya, Liao Shen, anaknya itu mengalami penyakit di mana tulang sum sumnya tidak menghasilkan sel darah baru.

“Doktor memaklumkan keadaan Nana ketika itu adalah tenat dan jika tidak dirawat, dia akan meninggal dunia.

“Selepas menjalani rawatan, kesihatannya semakin pulih, namun berlaku perubahan ketara pada fizikalnya,’’ kata Liao Shen.

Muka anaknya itu, ujar Liao Shen, ditumbuhi misai dan janggut manakala tangan serta kakinya dipenuhi dengan bulu roma yang lebat.

Kerana malu, Nana telah berhenti daripada sekolah pada 2010.

“Setiap hari dia menangis dan ingin ke sekolah, namun apa yang boleh dilakukannya,’’ kata ibunya.

Menurut Liao Shen, anaknya itu seorang yang periang namun sejak badannya mengalami perubahan berkenaan, dia mula berubah.

Nana akan memakai topeng muka dan baju berlengan panjang apabila keluar rumah.

“Adakalanya Nana langsung tidak bercakap dan dia kini kerap menghabiskan masa dalam bilik sambil membaca,’’ katanya.

sumber

Share:

Najis Lembu Jana Elektrik


Najis Lembu Jana Elektrik

LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini.

Pendekatan menggunakan najis lembu untuk menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini.

Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini.

Mereka mahu bekalan kuasa itu menggerakkan K-1 Express Gondola membawa peminat ski ke kemuncaknya setinggi 4,241 kaki, kata jurucakap pusat peranginan berkenaan, kelmarin.

Program tenaga kitar semula

Bekalan elektrik daripada najis haiwan itu disalurkan menerusi program tenaga dikitar semula di loji terbesar New England, Green Mountain Power.
Dimulakan pada 2004 oleh agensi Perkhidmatan Awam Pusat Vermont yang kemudian dibeli oleh syarikat induk Green Mountain Power pada tahun ini, pogram ‘kuasa lembu’ itu menghasilkan lima megawatt menerusi najis 10,000 daripada 270,000 ternakan di negeri ini.

Program itu menetapkan, najis akan dikumpul pada siang hari dan dicampur dengan air bersih daripada peralatan menghasilkan susu.

Pengendali program berkenaan memberitahu, mereka pada masa ini menggunakan 300,000 gelen najis sehari. – REUTERS

Share:

COOL : Fabrik "Kebal" Yang Dapat Menahan Hirisan Pisau


Sejenis fabrik baru yang dikenali sebagai Cut-Tex® PRO telah direka yang mempunyai ketahanan bagi hirisan pisau. So, jika korang kne slash dengan pisau, fabrik ni amat membantu korang. Tapi ingat, kalau korang kne tikam, tetap jugak tembus. So, daripada takde protection langsung, at least fabrik jenis ni dapat mengurankan kecederaan kalau korang kene serang. Harga sweater yang diperbuat dari fabrik ini dijual oleh syarikat PPPS dengan harga $315.

mari kita saksikan video dibawah


sumber

Share:

GILA : [Video] Guru Tadika Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 30 Minit


cikgu tadika noob

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.

Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.

Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak.

Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya.

Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.

“Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya.

Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain.

Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan.

mari kita saksikan rakaman video cctv dibawah


sumber

P/s:ni bukan Han gua.LOL.tapi ni memang serius matter.gile bullshit cikgu ni.kasi lempang kat muka dia sikit.aneh2 je dowh china ni..

Share:

COOL : Pelukis Polis Yang Sangat Hebat


 Pelukis Polis Yang Sangat Hebat

Cik Gibson, 62,Telah 30 tahun mengabdikan dirinya sebagai penegak keadilan hanya melalui lakaran lukisan wajah penjenayah.Bakat beliau sungguh luarbiasa,Dimana ketepatan wajah suspek penjenayah adalah sangat mirip wajah sebenar malah hampir seratus peratus tepat.

Kerana lukisan lakaran nya telah ramai penjenayah kecundang di tangan polis di Houstan.
Walaupun hanya dengan sedikit gambaran yang di berikan oleh mangsa namun Cik Gibson dapat melukisnya dengan sempurna.Ini memudahkan pehak polis membuat tangkapan dengan cepat.Bagaimana Cik Gibson memulakan kerjaya sebagai pelukis untuk polis di Houstan?

Kisahnya begini sewaktu umurnya 21 dia sendiri telah menjadi mangsa serangan penjenayah yang hampir meragut nyawanya.Semenjak itulah di terus berkhidmat sebagai pelukis polis demi menegakkan keadilan melalui bakatnya yang luar biasa.Tak percaya betapa miripnya lukisan lakaran penjenayahnya?Mari kita sama-sama saksikan.

Brenda Lee
 banduan Brenda Lee Blake rompakan pada tahun 1993

Charles Raiford
 Tepat: Bandingkan lakaran Charles Raiford dengan wajahnya yang sebenar

Dana Wilson
 Lakaran Dana Wilson, yang dituduh menculik bayi yang baru lahir pada tahun 1995

Donald Eugene Dutton
Lakaran Perogol Donald Eugene Dutton selepas dia melarikan diri dari penjara


Francisco Cardenas
 Francisco Cardenas sedang menjalani kehidupan di penjara setelah dilihat membunuh seorang pegawai polis

Jeffrey Lynn Williams
 Pada tahun 2002, Jeffrey Lynn Williams telah dihukum mati kerana membunuh seorang wanita dan merogol anak perempuan berusia sembilan tahun.

Michael Hamberger

Penjenayah Michael Hamberger, pada tahun 1988 lakaran ini meletakkan beliau di dalam penjara, sehingga hari ini.


Naim Rodriguez
Penjenayah Naim Rodriguez

Robert Hidalgo
Penjenayah berusia 17 tahun, Robert Hidalgo carjacked

P/s : wah.power giler dia.hampir 89-99% muka sama..lakaran bayangan je beb.macam lukisan gambar depan2 pulak.tepat tu.sangat kagum dengan beliau :)

Share:

COOL : Mansory Lamborghini Aventador LP700-4 Carbonado

Mansory Lamborghini Aventador LP700-4 Carbonado

Seperti yang kita tahu,antara kereta2 sport,supercar yang superb antaranya adalah keluaran Lamborghini.sebut je.confirm orang kenal.okay hari ni aku bawakkan kereta baru untuk dipertontonkan.ianya lamborghini aventador mansory cabonado.Masonsy Lambo biasa yang diberikan kemasan gentian karbon sehingga overdose. Selain daripada itu enjin Mansory Aventador ini juga diubah suai bagi memeberikan 754 kuasa kuda dan kelajuan maksimum 355 kmh

Mansory Lamborghini Aventador LP700-4 Carbonado

Mansory Lamborghini Aventador LP700-4 Carbonado

Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...