Najis Lembu Jana Elektrik ~ Bila Han Bercerita

Friday, 26 October 2012

Najis Lembu Jana Elektrik


Najis Lembu Jana Elektrik

LITTLETON: Najis lembu akan digunakan untuk memberi kuasa membolehkan peminat ski sampai ke sebuah pusat peranginan ski Vermont musim sejuk kali ini.

Pendekatan menggunakan najis lembu untuk menghasilkan elektrik itu adalah sebahagian daripada usaha kreatif pihak berkuasa yang menyedari kebaikan adanya banyak ladang ternakan di negeri ini.

Killington adalah antara pusat ski terbesar di New England. Pengusahanya bercadang menggunakan 300,000 kilowatt tenaga elektrik daripada najis itu daripada 13 ladang ternakan pada tahun ini.

Mereka mahu bekalan kuasa itu menggerakkan K-1 Express Gondola membawa peminat ski ke kemuncaknya setinggi 4,241 kaki, kata jurucakap pusat peranginan berkenaan, kelmarin.

Program tenaga kitar semula

Bekalan elektrik daripada najis haiwan itu disalurkan menerusi program tenaga dikitar semula di loji terbesar New England, Green Mountain Power.
Dimulakan pada 2004 oleh agensi Perkhidmatan Awam Pusat Vermont yang kemudian dibeli oleh syarikat induk Green Mountain Power pada tahun ini, pogram ‘kuasa lembu’ itu menghasilkan lima megawatt menerusi najis 10,000 daripada 270,000 ternakan di negeri ini.

Program itu menetapkan, najis akan dikumpul pada siang hari dan dicampur dengan air bersih daripada peralatan menghasilkan susu.

Pengendali program berkenaan memberitahu, mereka pada masa ini menggunakan 300,000 gelen najis sehari. – REUTERS

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! Google Rancang Keluarkan Tablet Kos Rendah
    31.03.2012 - 0 Comments
    SAN FRANCISCO – Google akan bekerjasama dengan pengeluar peranti mudah alih di Asia bagi menghasilkan…
  • Flying Drawbridge - Jambatan Angkat Yang Menarik Di Netherlands
    11.04.2017 - 0 Comments
    Terletak di bandar Leeuwarden di Belanda, Slauerhoffbrug (dalam bahasa Inggerisnya: Slauerhoff Bridge),…
  • Ulat Beluncas Didapati Mampu Selesaikan Masalah Pelupusan Plastik
    28.04.2017 - 0 Comments
    “Ulat beluncas akan menjadi titik permulaan. Kita perlu memahami bagaimana proses ini beroperasi. Kami…
  • Tukar Kad Debit CIMB MasterCard
    09.02.2012 - 0 Comments
    Okay,Untuk pengetahuan semua, Kad Debit CIMB MasterCard ni merupakan kad pembayaran yang membolehkan…
  • IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA
    20.01.2012 - 0 Comments
    Penyanyi Izwan Pilus telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) akibat daripada…