Bila Han Bercerita

Sunday, 15 May 2016

Qnergi Dakwa Tudung Keluarannya Boleh Kurangkan Sakit Kepala

Qnergi Dakwa Tudung Keluarannya Boleh Kurangkan Sakit Kepala


Jika sebelum ini, jualan gelang ajaib bak goreng pisang panas kerana dikhabarkan mampu menyembuhkan penyakit, mampu memberikan tenaga dan sebagainya, kini jangan terkejut jika tudung pula mampu menyembuhkan penyakit.

Tudung ini kononnya mampu bukan hanya mengurangkan stress dan mengurangkan sakit kepala tetapi juga dapat melancarkan peredaran darah lah dan juga mampu mengurangkan kesakitan pelbagai jenis penyakit.

Ia merupakan ilham Prof Datuk Dr. Noordin Darus dan direka dan dikeluarkan oleh Qnergi.

Hebat tak hebat, tudung ini kononnya mempunyai cas tenaga semua yang mana ia merupakan kekuatan pada tudung ini.

Pelbagai usaha dilakukan pengusaha tudung dan juga peniaga untuk membezakan produk mereka.

Sejauh mana keberkesanan tudung ini masih lagi tidak dapat dipastikan lagi.


sumber

P/s: korang rasa?hehe


Share:

(Video) Dilabel Suara Emas, Khai Bahar Dapat Perhatian Stesen TV Indonesia

Khai Bahar Dapat Perhatian Stesen TV Indonesia


Penyanyi baru, Khai Bahar mendapat perhatian stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi sebuah program hiburan mereka yang berjudul Silet.

Dilabel sebagai suara emas, Khai mendapat perhatian program Silet setelah videonya yang menyanyikan semula lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardila menjadi viral.

Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah dan Nia Daniati memuji kebolehan yang dimiliki oleh Khai.

Video Khai menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu, Listen serta Aku dan Dirimu juga menarik perhatian program Silet dan sedutan video nyanyian Khai turut disiarkan dalam program tersebut.

Sebelum ini, video Khai menyanyikan lagu Memori Berkasih secara duet dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial dan Khai kini telah berjaya mengikat kontrak nyanyian bersama NAR Records.

Berikut merupakan video sedutan program Silet yang disiarkan di RCTI:



sumber


Share:

Wednesday, 11 May 2016

Dengki mahu anak lelaki, bayi 7 bulan diracun ibu saudaranya !!

Dengki mahu anak lelaki, bayi 7 bulan diracun ibu saudaranya !!


Beijing: Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan diracun ibu saudaranya kerana cemburu dengan ibu kanak-kanak itu disebabkan dia melahirkan anak perempuan.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dari Changde, wilayah Hunan dipercayai menyuapkan raksa dari alat jangka suhu kepada bayi dinamakan Kang Kang itu, lapor People’s Daily Online.

Jangka suhu cuma mempunyai kandungan raksa yang sedikit, iaitu sekitar tiga gram. Ia tidak berbahaya jika ditelan, tetapi menghidunya boleh membawa kepada masalah kesihatan serius.

Kang Kang mendapat rawatan di hospital manakala ibu saudaranya itu menyerah diri ke balai polis, namun tidak jelas sama ada dia sudah didakwa atau dihukum.

Menurut laporan media, Kang Kang sakit ketika majlis perhimpunan keluarga pada 26 Disember lalu, menyebabkan ibu bapanya bingung kerana mereka tidak pernah meninggalkannya bersendirian.

sumber

P/s: pelik2 betul manusia sekarang


Share:

Perkataan "SUBHANALLAH" Terpampang Di Beratus-ratus Bas Merah London Sempena Ramadhan

Perkataan "SUBHANALLAH" Terpampang Di Beratus-ratus Bas Merah London Sempena Ramadhan


Bas merah Landon yang menjadi ikonik untuk pengankutan awam bandar-bandar di England nampaknya telah dinaikkan poster yang menunjukkan iklan tertulis rasa bahasa Arab "Subhan Allah" (Maha Suci Allah) dalam usaha untuk menggalakkan Islam Britain untuk menyokong mangsa perang Syria.

Memetik laporan portal rt.com, poster berkenaan dilaporkan telah dinaikkan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi bermula 6 Jun sehingga 7 Julai.

Wajah bandar Landon yang dilihat mula menerima iklan berunsur agama Islam ini selepas Sadiq Khan dari parti buruh telah dilantik menjadi Datuk Bandar Muslim pertama London di mana secara kebetulan beliau adalah anak kepada seorang pemandu bas.

Islamic Relief yang merupakan sebuah badan amal Islam telah membiayai kempen itu di mana ia akan turut dilancarkan di Manchester, Birmingham dan Bradford.

Perkataan "SUBHANALLAH" Terpampang Di Beratus-ratus Bas Merah London Sempena Ramadhan


Penganjur berharap ia akan memberi kesan penerimaan masyarakat setempat terhadap Islam dengan cara yang positif dan menggalakkan umat Islam British untuk menderma kepada usaha-usaha kemanusiaan mangsa perang yang sedang berlaku di Syria.

Pengarah Islamic Relief Imran Madden berkata: "Dalam erti kata lain ia boleh dipanggil kempen perubahan iklim kerana kita mahu perubahan iklim negatif sekitar bantuan antarabangsa dan sekitar masyarakat Islam di negara ini.

"Bantuan Antarabangsa telah membantu mengurangkan bilangan orang yang hidup dalam kemiskinan yang melampau sejak 15 tahun yang lalu, dan umat Islam British adalah satu komuniti yang amat murah hati di mana mereka telah menyumbang lebih £ 100 juta kepada badan kebajikan bantuan antarabangsa dalam bulan Ramadhan."

Walaupun kempen ini telah mendapat sokongan daripada tokoh Islam British, termasuk permain kriket England, Moheen Ali, keputusan oleh Transport for London (TfL) untuk membenarkan poster telah dikritik oleh beberapa pertubuhan bukan Islam.

sumber


Share:

5 Tips Kesihatan Telinga Yang Perlu Anda Ketahui

5 Tips Kesihatan Telinga Yang Perlu Anda Ketahui


Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman. Telinga yang bersih akan bebas daripada kuman dan memberi anda lebih keyakinan bila bersama dengan si dia untuk membisikkan kata-kata cinta. Untuk isu kali ini akan difokuskan kepada kesihatan telinga secara menyeluruh.

Bahaya Fon Telinga
Penggunaan fon telinga yang terlalu lama melebihi satu jam dan kerap adalah sangat berbahaya terutama dengan nada yang kuat. Ini kerana telinga anda hanya menumpukan kepada satu bunyi sahaja untuk difokuskan, salah satu sebab yang lain kerana fon telinga mempunyai beribu-ribu bakteria yang melekat padanya dari salah seorang pemakai. Cuba anda bayangkan jika anda berkongsi fon telinga itu dengan orang lain?

Elakkan Lagu/Muzik Yang Kuat
Kurangkan berada di kawasan yang mempunyai bunyi yang bising atau nyaring, pasti kan ketika majlis perkahwinan anda nanti pihak ‘deejay’ tidak memasang muzik yang terlalu kuat untuk diperdengarkan kepada tetamu.

Bersihkan Telinga Dengan Kerap
Selepas mandi, bersihkan kawasan telinga dengan sempurna untuk memastikan tiada bakteria terlekat. Basahkan tuala dengan air suam kemudian bersihkan telinga serta kawasan sekelilingnya. Untuk mengeratkan lagi kasih sayang anda dan si dia, anda boleh membersihkan kawasan telinga si dia. Jadikan ia rutin bulanan atau mingguan. Dengan cara ini akan lebih membuatkan si dia senang dan merasa dihargai.

Jangan Guna Benda Tajam
Elak gunakan benda yang tajam sebagai alat untuk mengorek telinga anda, sebaliknya gunakan kapas telinga yang boleh didapati dikedai serta berkualiti. Tetapi jangan gunakan kapas telinga ini terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menyebabkan tahi telinga anda terkumpul lebih banyak di kawasan itu dan pasti kan anda tidak memasukkan kapas telinga melebihi 1sm dari telinga luar ke telinga dalam. Sebelum menggunakan kapas telinga ini, pasti kan ia baru dan tidak terdedah tanpa penutup. Kapas telinga yang berkualiti tidak akan menanggalkan kapas di hujung atau mudah patah ketika digunakan. Tegur pasangan dan nasihati dia untuk menjaga kesihatan telinga.

Keluarkan Air Dengan Segera
Kadangkala jika anda mandi, air akan memasuki lubang telinga. Segera keluarkan air yang berada di dalam telinga anda itu untuk mengelakkan jangkitan bakteria dan juga kesan sampingan yang lain. Jika ada lelehan cecair yang tidak jernih atau berwarna, segera ke klinik berhampiran kerana mungkin ada jangkitan dalaman. Ini kerana telinga sangat berkait rapat dengan keseimbangan badan.

sumber


Share:

RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu !!

RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu


Musim untuk golongan peniaga kecil di Kubang Pasu, Kedah menambah pendapatan sempena bulan Ramadan tahun ini mungkin hanya tinggal mimpi.

Hal ini kerana Majlis Daerah Kubang Pasu telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi agihan gerai seperti didedahkan pengguna Facebook, Nasoruddin Shah Mat.

Beliau berpendapat kaedah menindas itu hanya memberi peluang kepada golongan kaya sekaligus menafikan hak peniaga kecil ekoran modal yang terhad.

“Biar orang yang beringgit sahaja yang berniaga. Bila kita komplen, mereka akan jawab, kita harus telus dan memberi peluang sama banyak, yakni sesiapa yang betul-betul nak berniaga akan berani lawan harga.

“Walhal sebenarnya mereka menutup peluang peniaga kecil sebaliknya hanya peniaga-peniaga bergelar jutawan senyap sahaja yang boleh dan berani lawan harga sebegitu tinggi,” ujarnya.

Dalam catatannya itu, beliau juga memuat naik gambar berupa slip yang memaparkan slip pembida yang berjaya dengan kadar RM13,250 sepanjang bulan Ramadan.

RM13,250 Harga Sewa Tapak Bazar Ramadan Di Kubang Pasu
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS


Selain itu, turut dikongsi di laman sosial itu senarai caj bidaan tapak 20’ x 20’ di hadapan Pasaraya Yawata dengan bayaran tapak paling minimum adalah RM4,240 manakala maksimum pada harga RM18,020 dengan kesemua tangga harga itu termasuk kadar enam peratus cukai GST.

Mengulas lanjut Nasoruddin berkata, kebanyakan orang politik terlibat dengan kontrak terutamanya Umno yang hanya bergantung kepada taraf Bumiputera dengan dilindungi peraturan tertentu seperti kontraktor besar tidak boleh mengambil kontrak yang kecil demi menjaga kepentingan golongan kontraktor kecil Bumiputera.

“Tapi bila mai tang peniaga kecil haram satu taraf pun hangpa tak bagi melainkan kena sewa yang tinggi atau halau kami. Kerajaan memang berkelakuan celaka kepada peniaga kecil,” tegasnya lagi.


P/s : harga cmni punya gile..mencekik nak mampuih



Share:

Tuesday, 10 May 2016

Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India

Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India
Mohinder Singh Gill, 79, duduk bersama isterinya, Daljinder Kaur, 70, yang memangku bayi lelaki yang dilahirkannya pada minggu lepas


NEW DELHI 10 Mei - Seorang wanita India yang melahirkan anak pada usia 70 tahun berkata, dia tidak terlalu tua untuk menimang cahaya matanya yang pertama.

Daljinder Kaur melahirkan seorang anak lelaki bulan lepas setelah menjalani rawatan pembenihan in vitro (IVF) di sebuah klinik kesuburan di Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun.

Menurut wanita itu yang telah berkahwin selama 46 tahun, pada mulanya mereka berputus asa selepas berdepan dengan pelbagai rintangan oleh masyarakat India yang melihat kemandulan sebagai sumpahan Tuhan.

“Tapi, Tuhan mendengar permintaan kami. Hidup saya juga kini sempurna. Saya akan menjaga bayi ini sendiri dan berasa sangat bertenaga ketika ini,” katanya. - AFP

sumber


Share:

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih
Siasatan polis mendapati satu sindiket di Gombak menjual dadah berperisa anggur, dengan label jenama minuman popular, dengan RM350 sebotol


Jika dua tahun lalu remaja seawal usia 14 tahun pernah dicatakan sebagai penagih paling muda, tahun lalu pula kanak-kanak berusia tujuh tahun dikenal pasti mula mengambil dadah.

Lebih membimbangkan, menurut menteri dalam negeri, kanak-kanak termasuk yang dibangku sekolah dipancing menghisap dadah melalui bentuk gula-gula.

“Pengedar dikesan memberi gula-gula mengandungi dadah kepada murid bertujuan mewujudkan ketagihan,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti dilapor Harian Metro hari ini.

“Ini bermakna mereka (pengedar) cuba mewujudkan situasi 'edar dulu, permintaan kemudian' yang mewujudkan penagih baru.”

Tambahnya, kajian juga mendapati 73 peratus daripada lebih 280,000 penagih dikesan berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Manakala 26,660 individu, termasuk kanak-kanak berusia 7 tahun itu, dicatatkan sebagai penagih baru.

sumber

P/s: harap ibu bapa diluar sana memantau dan sentiasa ingatkan anak2 kecil mereka.mcm2 cara orang nak buat jenayah kat luar


Share:
loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

Artikel Lain

loading...