Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 May 2016

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih tanpa sedar

Gula-gula dadah pancing budak sekolah jadi penagih
Siasatan polis mendapati satu sindiket di Gombak menjual dadah berperisa anggur, dengan label jenama minuman popular, dengan RM350 sebotol


Jika dua tahun lalu remaja seawal usia 14 tahun pernah dicatakan sebagai penagih paling muda, tahun lalu pula kanak-kanak berusia tujuh tahun dikenal pasti mula mengambil dadah.

Lebih membimbangkan, menurut menteri dalam negeri, kanak-kanak termasuk yang dibangku sekolah dipancing menghisap dadah melalui bentuk gula-gula.

“Pengedar dikesan memberi gula-gula mengandungi dadah kepada murid bertujuan mewujudkan ketagihan,” kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti dilapor Harian Metro hari ini.

“Ini bermakna mereka (pengedar) cuba mewujudkan situasi 'edar dulu, permintaan kemudian' yang mewujudkan penagih baru.”

Tambahnya, kajian juga mendapati 73 peratus daripada lebih 280,000 penagih dikesan berusia antara 18 hingga 39 tahun.

Manakala 26,660 individu, termasuk kanak-kanak berusia 7 tahun itu, dicatatkan sebagai penagih baru.

sumber

P/s: harap ibu bapa diluar sana memantau dan sentiasa ingatkan anak2 kecil mereka.mcm2 cara orang nak buat jenayah kat luar


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Rare : Isteri mengidam mahu makan nasi berlauk sabun
    13.06.2016 - 0 Comments
    Kuala Lumpur: Keinginan kali ini lain daripada yang lain, malah tidak masuk akal untuk diterima suami dan…
  • Fuhh !! ‘Spiderman’ panjat hotel di Doha
    22.04.2012 - 0 Comments
    ROBERT memanjat tanpa menggunakan tali DOHA – Pemanjat legenda Perancis, Alain Robert kelmarin memanjat…
  • Lelaki Wajib Tahu 4 Tahap Mati Pucuk
    15.03.2012 - 0 Comments
    SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat…
  • (VIDEO) Tips Sejukkan Botol Atau Tin Minuman Dalam Masa 2 Minit
    20.11.2016 - 0 Comments
    Berikut merupakan cara mudah untuk menyejukkan botol atau tin minuman dengan suhu bilik secara sepantas…
  • Saleem dan Iklim kembali bersatu selepas 11 tahun menyepi
    26.02.2015 - 0 Comments
    Kumpulan Iklim yang kali terkahir melancarkan album pada tahun 2006 menerusi album Bunga Emas bakal…