Berlakon, Cara Johan As'ari Berdakwah ~ Bila Han Bercerita

Monday, 13 February 2012

Berlakon, Cara Johan As'ari Berdakwah





PETALING JAYA: Pelakon Johan Arrif As'ari, 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kerjayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz di negara seberang.

Johan berkata, berdakwah tidak semestinya memerlukan dia memakai jubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.

"Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja.

"Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini," tegasnya.

Johan yang juga merupakan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) dalam kategori Artis Baru Terbaik merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009.

Tambah Johan, sebagai seorang pelakon juga, dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yang leka dengan gejala-gejala sosial.

"Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri.

"Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan," katanya lagi.

Sementara itu, Johan yang baru sahaja selesai penggambaran filem Juvana membuat keputusan untuk berehat untuk beberapa minggu bagi merehatkan badan yang sentiasa memenuhi tawaran lakonan sejak menjadi perhatian menerusi watak Botak dalam drama Juvana yang dilakonkannya pada tahun lalu.

"Sudah tiba masanya untuk saya berehat. Insya-Allah pada bulan Mac nanti saya akan bercuti ke Tokyo, Jepun.

"Kenapa Tokyo? Saya ingin mengenali dunia luar selain ingin merehatkan minda saya buat seketika," tuturnya.

SUMBER
Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna
    06.01.2015 - 0 Comments
    Sebuah kolej yang berpusat di London kini menawarkan kursus khas untuk mengambil gambar secara selfie…
  • WAJIB TAHU,Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus
    12.03.2012 - 0 Comments
    Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus. Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat…
  • 100 Fakta Menarik Tentang Korea Selatan Yang Korang Perlu Tahu !!
    15.09.2013 - 1 Comments
    1. Orang Korea jarang makan guna tangan kerana dianggap sebagai kurang sopan 2. Orang Korea suka makan…
  • WANITA INI PENCURI DI MAJLIS KAHWIN,SILA BERHATI-HATI SEMUA
    17.09.2012 - 2 Comments
    Kes berlaku bulan OGOS lepas..Sedang semua orang sibuk kenduri,mocik ni sibuk mencuri.. Kerugian…
  • COOL : Bandar Yang Tenggelam Selepas Kejadian Gempa Bumi 5 Tahun Lalu Muncul Semula Di China
    15.09.2013 - 0 Comments
    Koleksi gambar-gambar ini menunjukkan pemandangan menakjubkan sebuah bandar yang secara keseluruhannya…