Johan ‘Kecut Perut’ Diserang Bini Dalam Radio ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 25 February 2012

Johan ‘Kecut Perut’ Diserang Bini Dalam Radio

johara pagi era

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak terkenal, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak yang sering kali mampu membuatkan peminat-peminat tidak kering gusi dengan lawak yang ditampilkan.

Mendengarkan gelaknya yang besar sahaja sudah cukup membuatkan orang ramai terhibur dengan aksi dan keletah lucunya.

Pun begitu, dalam sikapnya yang bersahaja dan kadang-kadang ‘lepas mulut’ dalam mengeluarkan lawaknya, Johan tidak terlepas dari terkena ‘balasan’ dengan lawak sendiri.

Bulan lepas, sewaktu mengacarakan rancangan Riuh Pagi Era, Johan dengan ‘selambanya’ mengatakan sesuatu tentang perihal isterinya, Ozlyn di dalam segmen Sketsa Johan Di Era yang bersiaran dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam segmen itu, Johan telah membuktikan kekuasaannya di rumah tentang bagaimana menjalankan ‘kuasa’ sebagai seorang suami.

Akibat dari lawaknya, Ozlyn telah ‘menyerang’ Johan secara ‘live’ dengan membuat panggilan ke radio itu setelah mendengar siaran segmen tersebut di rumah dan menyamar sebagai orang lain.

Rakaman suara rancangan tersebut yang terdapat dalam Youtube memang membuatkan penulis tak tahan untuk gelak mendengarkan perbualan antara Johan dan isterinya di mana Johan secara tiba-tiba ‘takut’ dan menafikan cakap-cakapnya sebelum itu.

Mungkin itu hanyalah gurauan antara pasangan tersebut yang sentiasa ingin mengharmonikan hubungan sesama mereka.

Apa-apa pun, rakaman tersebut memang terlalu lawak!

sumber-mynewshub


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Serius !! Kereta Sangkut 3 Hari Jalan Sesak Sepanjang 48 Kilometer
    13.12.2015 - 0 Comments
    Jika selama ini mungkin ramai beranggapan bahawa kesesakan lalulintas di ibu kota Indonesia sebagai…
  • Serius ! Budak Ini Akan Mati Sekiranya Dia Berpeluh Kerana Menderita Penyakit Anhidrotic Ectodermal Dysplasia
    23.11.2014 - 0 Comments
    Fred James Mesti Berada dalam keadaan suhu normal, kerana berpeluh dapat menyebabkannya kehilangan nyawa…
  • CUTE GILA !! TIKUS TIDUR BERDENGKUR
    27.01.2012 - 0 Comments
    comel gila.hehe sumber
  • DALAM DIRI KITA ADA KEBESARAN TUHAN ??
    25.01.2012 - 0 Comments
    Dr Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang…
  • COOL : Inilah Pemilik Jet Peribadi Terbesar & Termahal Di Dunia
    10.12.2012 - 0 Comments
    Al Waleed Bin Talal ialah seorang ahli perniagaan dan juga ahli keluarga diraja Arab Saudi. Dia merupakan…