GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara



MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan selepas menulis nota mengandungi perkataan ‘bom’ pada tisu tandas. 

Nota ditulis Harold Wayne Hadley, Jr, itu menyebabkan 11 agensi kecemasan bergegas ke kolej di Mississippi tetapi tidak menemui bom yang dimaksudkan.
Hadley dan keluarganya berkata, dia cuma menjelaskan keseronokan melepaskan kentut di dalam perpustakaan.
“Dia berada di tandas sambil memegang tisu tandas. Dia menggelar kentut sebagai melepaskan bom. Dia menulis ‘saya melepaskan bom dalam perpustakaan. 

“Dia maksudkan kentut dan ada orang lain masuk ke dalam tandas dan menemui nota. Dia menyerahkan kepada guru yang mengenal pasti itu adalah tulisan tangan Hadley dan menghubungi pihak berkuasa,” kata ibu saudara Hadley, yang enggan memper-kenalkan diri. 

Penyiasat tidak menyebut apa yang ditulis Hadley tetapi laporan WDAM menyatakan tiada ayat melampau selain ‘saya melepaskan bom dalam perpustakaan.’ 

Hadley ditahan dan dikenakan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,000). Jika disabitkan mengancam meletupkan sekolah, dia berdepan hukuman penjara 10 tahun dan denda AS$10,000 (RM30,000). – Agensi
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Anonymous Berjaya Paksa CIA Tutup Laman Web
    12.02.2012 - 0 Comments
    Kumpulan penggodam internet terkenal yang dikenali sebagai “Anonynous” mengganas lagi apabila dilaporkan…
  • (Video) Saintis Temui Cara Untuk Pesakit Lumpuh Kawal Organ Dengan Hanya Berfikir
    16.04.2017 - 0 Comments
    Seorang lelaki yang lumpuh hampir separuh daripada anggota badannya telah berjaya menggerakkan bahagian…
  • Nenek 70 tahun lahirkan bayi di India
    10.05.2016 - 0 Comments
    Mohinder Singh Gill, 79, duduk bersama isterinya, Daljinder Kaur, 70, yang memangku bayi lelaki yang…
  • GEMPAR !! Saiful Apek positif dadah
    15.02.2012 - 1 Comments
    SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret,…
  • COOL !! Air kencing manusia dijadikan pengganti minyak kereta
    24.03.2012 - 0 Comments
    SEBUAH perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah…