GILA !! Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 29 February 2012

GILA !! Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar


Guru retak hidung ditumbuk murid tingkatan dua sebuah sekolah di Kangar




KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.


Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.


“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.


“Suspek yang enggan dibawa ke bilik itu tiba-tiba melepaskan satu tumbukan kuat tepat ke muka guru itu yang mengenai hidung mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Katanya, hidung mangsa patah akibat tumbukan berkenaan menyebabkan mangsa pening sebelum terjatuh.

“Sambil menekup hidungya dengan kain, mangsa mengagahkan dirinya untuk bangun dan pergi meminta bantuan daripada rakannya yang berada di bilik guru sekolah itu.

“Suspek yang menumbuk mangsa kemudian melarikan diri sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan kecemasan di HTF dan membuat laporan polis kira-kira jam 4 petang, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros ketika dihubungi berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan kira-kira jam 5 petang semalam sebaik saja menerima laporan mangsa.

Katanya, suspek sebelum itu membelasah seorang pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan kerana tidak berpuas hati masalah peribadi sebelum disuraikan mangsa.

“Mangsa cuba menyelamatkan pelajar tingkatan satu terbabit sebelum dia ditumbuk suspek di muka.

“Polis memandang serius perkara ini kerana membabitkan kawasan sekolah dan akan menyiasat punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis menerima dua laporan kejadian itu, daripada guru terbabit dan pelajar tingkatan satu yang dibelasah suspek.

P/s:kurang ajar budak2 zaman sekarang.memang kena ajar lebih sikit budak2 sekarang ni
Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Apple bakal menyaman Blackberry?
    04.02.2013 - 1 Comments
    Pakar teknologi percaya Apple akan memfailkan saman ke atas Blackberry sekiranya jualan iPhone mengalami…
  • Rakaman saat-saat akhir Izwan Pilus di Hospital
    21.01.2012 - 0 Comments
    saat terakhir beliau di hospital   Rakaman di hospital..Al-fatihah..
  • Video : Isteri serang & bogelkan 'kekasih' suaminya di Starbucks
    15.05.2017 - 0 Comments
    CHINA - Seorang isteri yang tidak dapat lagi mengawal kemarahannya bertindak menyerang wanita yang…
  • (14 Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Syarif Sleeq dan Malaque Mahdly
    23.11.2014 - 0 Comments
    Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Syarif Sleeq yang hari ini telah sah bergelar suami kepada…
  • [VIDEO]GEMPAR!! ADI PUTRA MARAH KORANG YANG BERAGAMA ISLAM SAMBUT VALENTINE
    14.02.2012 - 0 Comments
    JAI KL GANGSTER MARAH KORANG?keke...ni watak cite nama dia zikri xsilap aku.,sorry la xtau apa watak…