Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 11 February 2012

Najwa Latif Beli Kereta Perodua Myvi Tunai






KUALA LUMPUR : Penyanyi remaja berusia 17 tahun yang menggegarkan YouTube, Najwa Latif kerana klip video lagu nyanyiannya berjudul Cinta Mukabuku yang ditonton lebih dua juta penonton di Internet berjaya membeli sebuah kereta Perodua Myvi baru-baru ini.

Menurut suatu sumber terdekat, paling membanggakan apabila penyanyi berasal dari Batu Pahat, Johor itu telah membeli kereta buatan Malaysia itu secara tunai kerana pendapatannya sebagai penyanyi yang datang mencurah-curah ekoran populariti lagu tersebut.

“Najwa mampu membeli sebuah kereta Perodua Myvi secara tunai kerana dia mempunyai pendapatan yang tinggi kerana banyak mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat selepas lagu Cinta Mukabuku ‘meletup’ dalam radio dan televisyen.

“Sebab itu tidak hairanlah, Najwa seperti tidak menang tangan untuk menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Itu pun sebab dia masih lagi bersekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pada hujung tahun ini. Kalau tidak dia akan semakin sibuk.

“Saya dapat berita ini daripada pengurus baru Najwa. Sebelum ini, kerjaya Najwa diuruskan oleh kakaknya yang kini sedang belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara), Shah Alam, Selangor. Mungkin kakak Najwa sibuk, itu fasal dia ambil pengurus baru,” kata sumber itu panjang lebar.

Pemberi maklumat yang enggan dikenali itu ditemui pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini di mana lagu Cinta Mukabuku nyanyian dan ciptaan Najwa merupakan salah satu finalis dalam pertandingan anjuran TV3 itu. – Informasi Dot My

Share:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Aril Masih Sukar Terima Kematian Abang
    10.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Penyanyi Aril Pilus (AF7) mengakui masih berdepan kesukaran untuk menerima pemergian…
  • Cara Mudah Membuat Perangkap Nyamuk Paling Berkesan
    07.05.2017 - 0 Comments
    Apa yang kita perlukan ialah : 200 ml air 50 gram gula perang 1 gram yis (yis ibu roti, boleh dibeli di…
  • [Video] Kena Marah Conteng Cermin, Budak Laki Ni Salahkan Batman
    30.04.2016 - 0 Comments
    Kanak-kanak mana yang tak pernah menconteng kan. Pantang dapat pencil, marker tak pun gincu mak kita…
  • Kenali 5 Tanda Lelaki Yang Ikhlas Cintakan Anda!
    24.11.2015 - 0 Comments
    Wanita jika bertemu dengan seorang lelaki, pasti mudah mempercayai dan menaruh harapan yang…
  • ALLAHUAKBAR !! Gadis Disergah Harimau Meninggal
    26.04.2012 - 0 Comments
    KUALA KANGSAR – Seorang remaja perempuan yang berdepan detik ngeri apabila ‘disergah’ dua harimau ketika…