Ferrari ini bernilai RM100 juta ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 21 June 2012

Ferrari ini bernilai RM100 juta

Ferrari 250 GTO

LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga $20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.

Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.
Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga $15.7 juta, rekod dunia ketika itu.

Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga $370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga $20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak $4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.

Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.

Harga baru kereta itu pada 1963 ialah $6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga $26 juta pada 2010. – Agensi

P/s :kereta mewah.makin lama,jadi barang antik.makin bernilai.gile kentang!!
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pemenang Anugerah Penipuan Online Terbaik
    26.01.2012 - 0 Comments
    PEMBERITAHUAN PENTING:- BERHATI-HATI DENGAN LELAKI INI. DIA SUKA MENYAMAR DAN MENIPU DUIT…
  • Serius !! Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan di gerai makan ni
    12.12.2015 - 0 Comments
    DENGAN hanya berbekalkan dua 'magis' iaitu harga murah dan sajian yang enak sebuah gerai makan yang…
  • Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya
    19.05.2015 - 0 Comments
    Gara-gara dikritik oleh Ogy Ahmad Daud ketika di dalam rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang kerana…
  • ALLAHUAKBAR !! Treler Melayang Dipukul Puting Beliung
    08.04.2012 - 0 Comments
    DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah treler melayang semasa puting beliung melanda kawasan…
  • Bahaya Penyakit LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)
    18.07.2012 - 0 Comments
    Salam sume,okay sebelum ni hann penah buat satu entri mengenai kematian seorang individu yang…