Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton ~ Bila Han Bercerita

Monday, 4 June 2012

Konsert Sudirman Pukau 8,000 Penonton




KUALA LUMPUR: Konsert Kenangan Sudirman yang diadakan di Stadium Bola Sepak, Cheras di sini malam Ahad berjaya memukau kira-kira 8,000 penonton yang mahu mengimbas populariti lagu-lagu Allahyarham.

Ternyata, konsert anjuran Astro itu mampu mengubat kerinduan peminat terutamanya bagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu beliau.

Dalam masa yang sama ia juga dapat memberi pendedahan kepada generasi muda termasuk para artis untuk mencontohi kehebatan Allahyarham.

Konsert yang di siarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu turut menampilkan artis artis hebat antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Hafiz, Adira, Hazama, Jaclyn Victor, Aznil Nawawi, Alyah dan Osbon.

Ia turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian para pelakon filem 'Hoore Hoore'.

Pengacara Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.

Turut disiarkan sedutan klip video Allahyarham yang pernah dirakamkan oleh RTM suatu ketika dahulu.

Antara lagu-lagu popular Allahyarham yang dipersembahkan ialah, Punch Card, Jauh Di Sudut Hati, Chow Kit Road dan Merisik Khabar.

Konsert Kenangan Sudirman buat pertama kali anjuran Astro ini adalah sempena kempen 'Aku Sudirman' bagi mengenang 20 tahun kematian Allahyarham serta kehebatan luar biasanya menghiburkan orang ramai secara percuma di Chow Kit suatu ketika dulu.

Akhbar The Star dan Harian Metro bertindak sebagai media rasmi.

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Apa itu iPhoneography ?
    22.01.2012 - 0 Comments
    Apa bendanya iPhoneography ni? Makanan ke, ubat ke? Haha. Rasanya dengan dengar nama ni je mesti dah ada…
  • Bekas Pemain Chelsea Ponteng Latihan Kerana Takut Kucing
    21.11.2014 - 1 Comments
    BEKAS penyerang Chelsea dan Birmingham City, Mikael Forssell tidak menghadiri latihan harian bersama…
  • Tauge Mampu Menyumbang Kepada Kesuburan Lelaki Dan Wanita
    22.05.2012 - 1 Comments
    Sayur taugeh selalunya menjadi pilihan terakhir untuk dimasak dan dimakan bersama nasi. Walaupun badannya…
  • WAJIB TAHU !! 10 petanda BF/GF anda adalah jodoh untuk anda
    26.02.2012 - 0 Comments
    Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan…
  • PERGH : Pelajar pulang cek RM2.1 trilion yang diterima secara tak sengaja
    18.10.2012 - 0 Comments
    FORT BENNING – Seorang pelajar, Allen Smith menerima cek daripada Hal Ehwal Veteran (VA) RM1,988 ($650)…