Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut! ~ Bila Han Bercerita

Friday, 27 July 2012

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!

Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut


Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi- sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Zizan RL Tolak Tawaran Kerja RM18,000 Untuk Bersama Ustaz Azhar Idrus
    26.01.2012 - 2 Comments
    cite ni dah lama,dari awal january lagi,tapi Hann saja nak share kepada sesiapa yang belum tahu Sekali…
  • COOL !! ROVIO AKAN MEMBINA TAMAN TEMA ANGRY BIRDS
    22.03.2012 - 0 Comments
    ROVIO, syarikat yang menghasilkan permainan Angry Birds bekerjasama dengan peruncit utama AS untuk…
  • Mr. Bean lelong kereta kesayangannya pada harga RM43 juta
    03.02.2015 - 0 Comments
    Rowan Atkinson atau Mr. Bean bergambar bersama kereta kesayangannya, McLaren F1 yang bakal dilelong pada…
  • 10 Bahagian Tubuh Perempuan Yang Mudah Terangsang
    12.05.2012 - 0 Comments
    *TIPS INI HANYA UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN SAHAJA 1. Rambut Jangan salah artikan jika wanita suka ke…
  • (14 Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Syarif Sleeq dan Malaque Mahdly
    23.11.2014 - 0 Comments
    Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Syarif Sleeq yang hari ini telah sah bergelar suami kepada…