Kehilangan CEO Google Jadi Tanda Tanya ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 July 2012

Kehilangan CEO Google Jadi Tanda Tanya


Kehilangan CEO Google Jadi Tanda Tanya


Amerika Syarikat – Kehilangan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menjadi tanda tanya selepas kelibat beliau gagal dikesan ketika syarikat tersebut mengadakan sidang video, minggu lalu, sekali gus dilihat bakal memberikan kesan kepada syarikat gergasi internet itu.

Page, sebelum ini mengalami masalah kesihatan dan tidak menghadiri majlis awam sejak bulan lepas.

Situasi ini menyebabkan pemegang saham Google tertanya-tanya adakah ketidak hadiran beliau pada perjumpaan yang diadakan sebelum ini menunjukkan beliau sedang sakit.

Selain sidang video itu, Page juga dilaporkan tidak hadir pada mesyuarat pemegang saham bulan lepas serta persidangan pemaju tahunan Google, tiga minggu lalu.

Menurut sumber, Page sebenarnya tidak mengalami masalah kesihatan yang serius, hanya masalah kotak suaranya yang kini kronik.

Justeru beliau diminta supaya tidak bercakap sehingga sembuh sepenuhnya.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Google, Nikesh Arora dalam kenyataannya bagi menangkis sebarang persepsi buruk media memaklumkan, Page telah dinasihatkan berehat selepas didapati kehilangan suara.

Keadaan ini menghalangnya daripada terlibat dengan aktiviti yang memerlukannya bercakap.

“Namun beliau masih di sini dan menguruskan syarikat serta terlibat dalam membuat keputusan,’’ katanya.

Kali terakhir Page dilihat di khalayak ramai ialah pada satu sidang media di ibu pejabat Google di New York pada 21 Mei lalu.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WAA !! Cute gila mentol lampu Mickey Mouse
    25.04.2012 - 0 Comments
    Dibawah ialah konsep mentol LED Mickey Mouse yang direka oleh Hong-kue Lee. Love it kerana sangat…
  • (Video) Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’
    13.11.2016 - 0 Comments
    KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu Selasa lalu…
  • COOL !! RUMAH PALING NIPIS YANG KREATIF
    11.03.2012 - 0 Comments
    nipis gila rumah ni..tak caya tengok gambar.ce bayangkan cmne keadaan rumah tu.hehe sumber
  • Cara Paling Mudah Melajukan PC Komputer
    01.02.2012 - 0 Comments
    Walaupun banyak teknik untuk melajukan CPU atau laptop kita, namun ini adalah salah satu cara yang paling…
  • Kerana Minat, Wanita Ini Belanja Lebih RM1,000 Sebulan Untuk 20 Ekor Kucing
    04.01.2015 - 0 Comments
    SITI MARDIAH OTHMAN bersama kucing baka Sphnye di Laman Penternakan sempena MAHA 2014 di MAEPS,…