Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 28 July 2012

Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b


Saham Facebook terus jatuh, CEO rugi RM22b


NEW YORK - Nilai pegangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg dalam syarikatnya merosot AS$7.2 bilion (RM22 bilion) sejak penyenaraian awam awal (IPO) dua bulan lalu, ekoran penurunan harga saham sejak kelmarin.

Usahawan muda itu dilaporkan bernilai AS$19.1 bilion (RM59.2 bilion) berdasarkan pada harga tawaran IPO AS$38 sesaham pada Mei lalu.

Beliau menjual 30 juta saham pada hari penyeneraian untuk menjana tunai dan membayar cukai.

Zuckerberg masih memegang 503 juta saham ketika IPO dirumuskan.

Laporan CNN menyebut bahawa setakat tengah hari semalam, pegangan pengasas Facebook itu bernilai AS$11.98 bilion (RM37.2 bilion).

Pun begitu, meskipun hanya memiliki pegangan bernilai RM37.2 bilion, Zuckerberg masih berada dalam kategori 72 orang paling kaya di dunia, demikian menurut pemantauan Forbes.

Sejak disenaraikan dua bulan lalu, Facebook mengalami kemerosotan nilai saham tetapi ia menjunam semenjak dua hari.

Syarikat itu mengeluarkan laporan pemerolehan pertama sejak IPO, kelmarin.

Bagaimanapun para pelabur dilaporkan kecewa dengan laporan itu, sekali gus harga sahamnya merosot ke paras paling rendah setakat ini.

Pada Mei lalu, sahamnya dipasarkan di paras AS$22.28 sesaham berbanding AS$38 sesaham dua bulan lalu - penurunan sebanyak 41 peratus.

sumber

Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Elak Kuat Menangis & Bersedih Waktu Mengandung, 6 Kesan Buruk Kepada Bayi !!
    10.04.2017 - 0 Comments
    Waktu mengandung apa yang ibu makan dan minum akan diperolehi oleh bayi dalam rahim. Bukan itu sahaja,…
  • Inilah Fungsi Sebenar Bola-Bola Yang Berada Di Kabel Elektrik
    15.04.2017 - 0 Comments
    Kalau anda seorang yang benar-benar tumpukan perhatian pada setiap benda yang ada disekeliling, pasti…
  • ALLAHUAKBAR !! Patung Jesus Disambar Petir
    29.02.2012 - 2 Comments
    Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang…
  • Professor lost his job and got heavy penalty due to having a second child
    02.03.2012 - 0 Comments
    Yang Zhizhu, shown here in front of the Beijing Youth Politics College, was fired by the institute…
  • Tasik 'Pink' Di Afrika Barat
    10.05.2016 - 0 Comments
    Sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Retba yang terletak di Senegal, Afrika Barat ini bukan sahaja…