Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6 ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 11 October 2014

Pemilik rumah ini sanggup menukar rumahnya dengan iPhone 6

Tukar rumah dengan iPhone 6
RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB

Detroit: Seorang tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.

Lelaki itu yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.
Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.

Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.


Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.

Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan berkenaan sukar dijual.

Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. - Agensi

P/s : murahnya harga rumah kat sanaa..bestnya kalau ada rumah semurah dan sebesar tu kat malaysia :-P

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! 6 makanan paling baik untuk masalah perut buncit
    01.03.2012 - 0 Comments
    Cendawan- Cendawan sangat bagus untuk pembakaran lemak kerana ia merupakan satu-satunya sumber tanaman…
  • Bahaya bekam tidak bersih !!
    18.01.2012 - 0 Comments
    Berbekam itu bagus kerana itu sunnah yg ditunjukkan nabi,malangnya zaman…
  • WOW Petani China bina kapal selam
    10.05.2012 - 0 Comments
    SEORANG pekerja mengecat kapal selam mini yang dibina Wuyi. BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina…
  • GEMPAR : Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan
    19.11.2012 - 0 Comments
     Sebuah tragedi malang menimpanya apabila disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang…
  • GILA !! WAJIB TAHU BAHAYA MENGGUNAKAN LAPTOP ATAS TILAM
    08.03.2012 - 2 Comments
    Sepasang suami isteri kehilangan anaknya berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka pada 4 Jun. Anak…