Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh ~ Bila Han Bercerita

Monday, 29 September 2014

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh


Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Soalan :

Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa?

Jawapan:

Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat.

Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab Imam Ahmad:

Maksudnya:  “(Boleh) Jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah).”

Kata Ibn Muflih:

Maksudnya: “akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala.” (al-Adab al-Syar’iyyah 2/256)

Di dalam al-Iqna’ (3/156) dinyatakan pula:

Maksudnya:  “Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (fitnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala.”

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. Semua itu (dilarang) jika dalam bentuk bersyahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha’… adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa.”

Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH: “Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. Jika anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?”

Jawab beliau: “Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuan itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya ‘Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepada tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji.” (Fatawa Islamiyyah 3/78,79)

Wallahu a’lam

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • GILA !! DALAM MINYAK MASAK ADA TUALA WANITA !
    27.02.2012 - 0 Comments
    JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita. JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala…
  • Cara Mudah Untuk Membakar Kalori
    19.01.2012 - 0 Comments
    Kalori?? Hapee tu? Haa. Kalori ni macam tenaga yang terdapat dalam makanan yang korang lahap tu. Contohnya…
  • GILA : HOTEL UNTUK ORANG YANG DAH MATI DI JEPUN
    26.05.2012 - 0 Comments
    LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghunyinya terdiri dari mereka yang sudah…
  • Google Street View kantoikan suami yang merokok
    12.12.2015 - 0 Comments
    Merseyside (England): Seorang lelaki yang bersumpah kepada isterinya sudah berhenti merokok, ‘kantoi’…
  • Khairy enggan menjawab soalan Tun M isu hutang 1MDB
    23.11.2014 - 0 Comments
    Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin enggan menjawab soalan berhubung hutang 1Malaysia Development…

Artikel Lain