(2 GAMBAR) Hanez Suraya & Romie bertunang ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 4 January 2015

(2 GAMBAR) Hanez Suraya & Romie bertunang

Hanez Suraya & Romie bertunang


Sah Hanez Suraya melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin Adilha.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing.

Majlis itu menamatkan teka teki dan tanda tanya yang wujud mengenai spekulasi acara pertunangan mereka.

"Ya... kami baru saja bertunang tadi," katanya yang cantik dengan solekan Chomel dan busana rekaan Fizi Woo.

Ternyata jodoh antara Hanez dan Romie masih kuat biarpun sebelum ini dilaporkan cinta mereka putus di tengah jalan.

Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez dikaitkan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan.

Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu.

"Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," katanya.

Hanez Suraya & Romie bertunang

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 14 Kuasa Hebat Teh
    28.05.2012 - 0 Comments
    ANDA penggemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu…
  • Kolej tawar kursus belajar selfie paling sempurna
    06.01.2015 - 0 Comments
    Sebuah kolej yang berpusat di London kini menawarkan kursus khas untuk mengambil gambar secara selfie…
  • GILA !! Ibu Jual Anak Dalam Facebook
    21.03.2012 - 0 Comments
    KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS Korang dah tengok gambar ni? Kecoh sekarang ni, gambar ni epics dapat…
  • 5 Menu Makanan McDonalds Yang Pelik Di Luar Negara
    25.08.2016 - 0 Comments
    1. The Mega Teriyaki Burger.     - Asal: Jepun Pada dasarnya, ia adalah burger biasa Big Mac…
  • Pillow Talk : Alat Ini Bantu Anda Lepaskan Rindu Pada Si Dia
    12.12.2015 - 0 Comments
    Bukan mudah bila berjauhan dengan pasangan, bukan? Rasa rindu bagaikan merenggut jantung dan…