Kerana Minat, Wanita Ini Belanja Lebih RM1,000 Sebulan Untuk 20 Ekor Kucing ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 4 January 2015

Kerana Minat, Wanita Ini Belanja Lebih RM1,000 Sebulan Untuk 20 Ekor Kucing

Kerana Minat, Wanita Ini Belanja Lebih RM1,000 Sebulan Untuk 20 Ekor Kucing
SITI MARDIAH OTHMAN bersama kucing baka Sphnye di Laman Penternakan sempena MAHA 2014 di MAEPS, Serdang

Minat mendalam terhadap kucing membuatkan seorang pelajar, Siti Mardiah Othman, 27, sanggup membelanjakan lebih RM1,000 setiap bulan hanya untuk perbelanjaan makanan haiwan kesayangannya itu.


Siti Mardiah (gambar) yang kini memiliki 20 ekor kucing dari baka Sphnyx, Ocicat, Maine Coon dan Oriental berkata, dia tidak lokek untuk berbelanja kerana minat memelihara haiwan tersebut telah bermula sejak umurnya 10 tahun lagi.

Katanya, kos itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti kemudahan tempat tinggal, barang perhiasan serta keperluan kucing.

“Saya rasa puas menjaga kucing sebab haiwan ini seolah-olah memahami perasaan kita. Malah, menjaga kucing ini juga rasa seperti menjaga anak sendiri,”katanya ketika ditemui dalam Pertandingan Kucing Peringkat Antarabangsa di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan  (MAHA) 2014, Serdang dekat sini hari ini.

Siti Mardiah berkata, kebanyakan kucing peliharaannya merupakan pemberian daripada rakan-rakan selain dibeli.

Sementara itu, penganjur pertandingan tersebut, Adilah Roose berkata, 132 peserta menyertai pertandingan yang pertama kali diadakan dalam pameran MAHA. Katanya, peserta pertandingan itu menghantar kucing baka tertentu selain daripada kucing jenis biasa.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Professor lost his job and got heavy penalty due to having a second child
    02.03.2012 - 0 Comments
    Yang Zhizhu, shown here in front of the Beijing Youth Politics College, was fired by the institute…
  • WOW COOL !! Yuna Bakal Muncul Di Televisyen US
    03.04.2012 - 2 Comments
    Baru sahaja pulang ke Amerika Syarikat, Yuna tidak terus berehat namun terus melangkah setapak lagi…
  • 12 Tips Penting Cara Penjagaan Alat Sulit Wanita
    10.02.2015 - 0 Comments
    Langkah-langkah penjagaan alat kelamin yang disyorkan: 1) Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas…
  • COOL : FAKTA TENTANG ORANG YANG BERTANGAN KIDAL
    16.04.2012 - 1 Comments
    INFORMASI DAN INFOGRAFIK YANG SANGAT COOL TENTANG ORANG YANG MENGGUNAKAN TANGAN KIRI
  • ALLAHUAKBAR !! Keadilan yg dicari, penjara yang diberi
    09.03.2012 - 0 Comments
    berikutan entri lama Han DISINI Kisah untuk difikirkan iktibar, baik-buruk dan hikmah. Beliau memang…