Kerana Minat, Wanita Ini Belanja Lebih RM1,000 Sebulan Untuk 20 Ekor Kucing ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 4 January 2015

Kerana Minat, Wanita Ini Belanja Lebih RM1,000 Sebulan Untuk 20 Ekor Kucing

Kerana Minat, Wanita Ini Belanja Lebih RM1,000 Sebulan Untuk 20 Ekor Kucing
SITI MARDIAH OTHMAN bersama kucing baka Sphnye di Laman Penternakan sempena MAHA 2014 di MAEPS, Serdang

Minat mendalam terhadap kucing membuatkan seorang pelajar, Siti Mardiah Othman, 27, sanggup membelanjakan lebih RM1,000 setiap bulan hanya untuk perbelanjaan makanan haiwan kesayangannya itu.


Siti Mardiah (gambar) yang kini memiliki 20 ekor kucing dari baka Sphnyx, Ocicat, Maine Coon dan Oriental berkata, dia tidak lokek untuk berbelanja kerana minat memelihara haiwan tersebut telah bermula sejak umurnya 10 tahun lagi.

Katanya, kos itu tidak termasuk perbelanjaan lain seperti kemudahan tempat tinggal, barang perhiasan serta keperluan kucing.

“Saya rasa puas menjaga kucing sebab haiwan ini seolah-olah memahami perasaan kita. Malah, menjaga kucing ini juga rasa seperti menjaga anak sendiri,”katanya ketika ditemui dalam Pertandingan Kucing Peringkat Antarabangsa di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan  (MAHA) 2014, Serdang dekat sini hari ini.

Siti Mardiah berkata, kebanyakan kucing peliharaannya merupakan pemberian daripada rakan-rakan selain dibeli.

Sementara itu, penganjur pertandingan tersebut, Adilah Roose berkata, 132 peserta menyertai pertandingan yang pertama kali diadakan dalam pameran MAHA. Katanya, peserta pertandingan itu menghantar kucing baka tertentu selain daripada kucing jenis biasa.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Rumah berusia 125 tahun jadi kajian
    05.01.2016 - 0 Comments
    Rumah ini pernah menjadi rumah persinggahan Datuk Undang Luak Johol. KUALA PILAH - Siapa sangka, di…
  • TERKINI : Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha
    05.05.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan…
  • FAKTA : Panadol Punca Kanser Darah
    27.02.2012 - 0 Comments
    Anda sering menjadikan Panadol sebagai ubat pilihan utama ketika sakit kepala dan demam? Jika ‘YA’ anda…
  • 15 Petua Tradisional Untuk Merawat  Lemah Tenaga Batin
    05.07.2012 - 0 Comments
    1. Bawang Merah - Kupas bawang merah dan basuh bersih. Amalkan memakannya mentah-mentah sehingga…
  • Pengikut Instagram Yuna Melonjak Naik Gara-Gara Lagu Duet Dengan Usher
    30.04.2016 - 0 Comments
    Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai merupakan artis tempatan yang tidak pernah gagal mengharumkan nama…