[VIDEO & GAMBAR] Datuk Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 11 January 2015

[VIDEO & GAMBAR] Datuk Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA


Pembuka lembaran 2015 menjadi indah buat Datuk Aznil Nawawi kerana berpeluang ke Los Angeles sejak 7 hingga 14 Januari ini.

Beliau ke sana seorang diri atas jemputan NBC Universal untuk acara anjuran International Press Junket. Acara itu bertujuan memperkenalkan program musim baharu seperti Live From Red carpet, The Kardashians dan Fashion Police.

Kesempatan indah itu dimanfaatkannya untuk bergambar dengan personaliti serta selebriti popular seperti Kim Kardashians, Ryan Seacrest, Giuliana Rancic dan penyanyi Christina Milian.

"Paling menyeronokkan dapat menemubual secara perseorangan dengan Christina, Giuliana dan Kim. Mereka sangat peramah.

"Biarpun gementar dengan keupayaan saya untuk berbahasa Inggeris, saya beranikan diri juga untuk atasi ketakutan itu. Saya belasah saja kerana peluang ini umpama seumur hidup sekali.

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA
AZNIL berselfie dengan Kim Kardashian

"Saya tak nak rasa diri ini kecil biarpun pasti ada yang akan ketawakan tahap bahasa Inggeris ini. Tak kisahlah orang nak cakap Inggeris berterabur kerana saya sangat seronok di sini," katanya.

Menurut Aznil lagi, penyanyi Christina akan tampil dengan program realiti sendiri dipanggil Christina Milian Turned Up yang akan bersiaran di Channel E! mulai 18 Januari ini.

"Saya turut berpeluang mencuba menjadi pengacara E! NEWS di samping Giuliana, Jason dan Terrence. Saya cuba letakkan diri ini sebaris dengan mereka biarpun bahasa Inggeris saya tidaklah bagus mana.

"Saya tolak rasa rendah diri. Saya juga berpeluang bertemu Kelly Osbourne dan Brad Goreski yang kedua-duanya mengacarakan Fashion Police," katanya yang akan menghadiri Golden Globe Awards Ahad ini.

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA
 Berselfie bersama Ryan Seacrest

Aznil Nawawi bertemu Kim Kardashian, Ryan Seacrest dan selebriti terkemuka di LA
Berselfie bersama Christina Milian

VIDEO



sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Belkin WeMo Home Automation System Yang Super Duper Awesome
    15.09.2012 - 0 Comments
    Okay.ini merupakan berita gembira buat pengguna iPhone..Bagi sesiapa yang memiliki iPhone,Wehome…
  • GILA !! 2,000 tong gas meletup
    29.02.2012 - 0 Comments
    KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang. KAJANG: “Saya sempat melihat…
  • GILA !! HURUF ALIF DIGANTIKAN DENGAN LOGO 1 MALAYSIA
    22.03.2012 - 0 Comments
    aku xtau nak ckp apa..ni masa aku blogwalking aku jumpa benda ni..menurut sumber lain..logo tu ada dekat…
  • Sistem 'Meter Pintar' Mampu Kesan Penggunaan Elektrik Secara Nyata
    21.11.2014 - 0 Comments
    Satu sistem yang dipanggil sistem meter pintar 'revolusi' Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang diberi…
  • KEMANA ROH KITA SEBAIK KELUAR JASAD
    21.02.2012 - 0 Comments
    Menurut Ibn Qayyum, tatkala ROH keluar dari JASAD, mereka akan terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok…