Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 26 February 2015

Anak David Beckham Disingkarkan Dari Arsenal

Anak David Brckham Disingkarkan Dari Arsenal


Impian anak lelaki sulung David Beckham, Brooklyn, untuk mengecapi kejayaan sebagai pemain bola sepak seperti bapanya, nampaknya tidak semudah yang disangka.

Brooklyn mendaftar masuk ke Akademi Hale End awal musim ini. Akademi itu menjadi batu loncatan kepada ramai remaja untuk menyertai pasukan berprofil tinggi iaitu Arsenal.

Namun Brooklyn, 15, dikhabarkan tidak akan ditawarkan kontrak biasiswa bersama akademi itu musim hadapan.

Khabar itu agak mengejutkan memandangkan Brooklyn turut dipanggil menyertai skuad bawah 18 tahun Arsenal baru-baru ini.

Biarpun tidak terpilih, namun jurulatih tetap berpendapat Brooklyn punya potensi. Pun begitu keputusan untuk tidak menawarkan tempat kepada Brooklyn adalah kerana dia berpendapat ada yang lebih layak.

Selain Brooklyn, dua adiknya, Romeo dan Cruz, turut menyertai akademi berkenaan. Cruz, 10, dikatakan paling berbakat di antara tiga beradik itu.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ditawar Berlakon Porno, Kendell Jenner Naik Hantu Dengan Produksi
    11.04.2017 - 0 Comments
    Model popular Kendall Jenner, naik hantu dengan sebuah produksi yang menawarkannya membintangi sebuah…
  • Kamal Ashnawi terkaya di dunia,MAHARAJA INDONESIA adalah PROPA?
    23.01.2012 - 1 Comments
    soal dia MAHARAJA INDONESIA sah menipu.. Next soal RM20 Trillion.. semoga dapat pula…
  • COOL : Apabila PSY & MC Hammer Mashup remix gangnam style dan too legit to quit!!
    26.11.2012 - 0 Comments
    Okay.what would you guys expecting ?? bila dua orang penyanyi dari generasi berbeza berjumpa dan membuat…
  • Fakta Menarik Mengenai Kucing
    08.07.2012 - 0 Comments
    Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan…
  • Kisah Seram Hello Kitty Bukan Seekor Kucing!
    08.05.2017 - 0 Comments
    Barangkali semua orang kenal dengan Hello Kitty. Watak kartun yang terkenal dengan kecomelan iras-iras…