Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis menggantikan Dr Juanda Jaya ~ Bila Han Bercerita

Monday, 2 February 2015

Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis menggantikan Dr Juanda Jaya

Dr Maza dilantik semula sebagai Mufti Perlis


Desas-desus sebelum ini yang mengatakan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bakal dilantik semula sebagai Mufti Perlis, hari ini terjawab apabila beliau sendiri memuat naik gambar hari pertamanya mula bertugas di laman sosial Facebook miliknya, sebentar tadi.

Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza memuat naik postingnya mengesahkan khabar angin itu dengan mengatakan ia merupakan lantikan kedua.

 "Hari pertama memasuki pejabat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis bagi lantikan kali kedua. Pohon doa semua rakyat Malaysia. Pembantu peribadi Mufti boleh dihubungi di talian 04-9794428 dan fax 04-9763844," tulisanya dalam catatan terbaru di laman Facebook.

Mohd Asri, 44, dilantik semula sebagai Mufti Perlis bagi menggantikan Dr. Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun lalu.

Sebelum ini, Mohd Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.

Beliau memiliki ijazah kedoktoran (Ph.D) dalam Pendedahan Pengetahuan dan Warisan (Al-Quran dan Sunah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 2003.

Beliau merupakan seorang penceramah yang sering diselubungi kontroversi antaranya termasuk ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana didakwa menyampaikan kuliah tanpa tauliah di sebuah kediaman di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.

Selain aktif dalam perdebatan isu semasa, beliau juga sering memberikan komentar sinis berkaitan isu politik dan agama di negara ini.

Mohd Asri juga telah menulis puluhan buku dan ratusan rencana serta membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tips : Tanda-tanda Seseorang Yang memiliki Saka
    25.01.2013 - 0 Comments
    Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan…
  • Serius !! Wanita Ini Makan 1 Tan Bedak Talkum Setiap Hari
    14.07.2016 - 0 Comments
    Pelik tapi benar. Seorang wanita dan juga ibu dari Britain mendedahkan “makanan” kesukaannya iaitu bedak…
  • Fakta Menarik Tentang Youtube
    11.02.2012 - 0 Comments
    Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun…
  • petua orang lama hindari bulu ketiak dari tumbuh
    20.02.2012 - 0 Comments
    ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan…
  • Inilah Fungsi Lingkaran Putih Dalam Setiap Enjin Kapal Terbang
    18.05.2017 - 0 Comments
    Ada banyak perkara yang terjadi di sekeliling kita, dan kita mungkin langsung tak sedar akan kewujudannya.…