Sawah di buat di atas bumbung di China ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 19 March 2015

Sawah di buat di atas bumbung di China

Sawah di buat di atas bumbung di China


Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi tapak pertanian.

Jurucakap kilang, Lu Xiaoqing berkata, idea itu tercetus selepas syarikat itu memikirkan kaedah untuk menggunakan sepenuhnya bumbung kilang terbabit.

“Jadi kami wujudkan projek pertanian yang turut membabitkan kakitangan kami,” katanya.

China Daily melaporkan, bumbung bangunan itu cukup kuat untuk menampung projek pertanian berkenaan, selain kalis air bagi mengelak kebocoran di kilang di bawahnya.

Pekerja kilang turut bercucuk tanam selain memelihara ayam dan ternakan.

Sawah di buat di atas bumbung di China


Tugasan menjaga setiap bahagian kebun diagihkan sesama pekerja dan semua hasil dikongsikan bersama secara percuma.

Sumber tanah semakin berkurangan di bandar besar di China disebabkan pembangunan.

Beberapa bandar sebelum ini berjaya melakukan kaedah pertanian atas bumbung.

Malah, Persatuan Landskap Bumbung Beijing menganggarkan keluasan kasar bumbung hijau di Beijing ialah 1.2 meter juta persegi pada 2012.

Kaedah ini bukan terhad untuk pertanian. Sebuah sekolah rendah di wilayah Zhejiang membina trek larian sepanjang 200 meter di bumbungnya sebagai kaedah menjimatkan ruang.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • 10 Burger Termahal Di Dunia
    08.04.2017 - 0 Comments
    1. McGuire’s Grand Burger  Harga: $100 (RM 317) Tempat: McGuire’s Irish Pub, Pennsylvania,…
  • Kelebihan Dan Kekurangan TV Plasma/LCD/LED
    07.09.2012 - 0 Comments
    Teknologi semakin berkembang dari semasa ke semasa tidak terkecuali juga television. Perkembangan…
  • 5 Kisah Kapal Berhantu Paling Terkenal Di Dunia
    28.04.2017 - 0 Comments
    1. The Octavius Cerita ini bermula apabila sebuah kapal penangkap ikan paus bernama 'Herald' ketika…
  • GILA !! Pusat jagaan zalim yang mengikat dan mensalotip bayi supaya senyap
    28.02.2012 - 0 Comments
    sampainya hati dia buat cmtu.bodohnya..kalau tak nak keje.xyah keje.gila betul.jaga anak orang buat…
  • 7 Jenis Klimaks Wanita
    10.08.2017 - 0 Comments
    Wanita boleh mengalami 7 jenis klimaks yang dihasilkan daripada rangsangan pada bahagian yang berbeza pada…