Pelajar Genius Malaysia Di London Simpan 30,000 Gambar Porno Kanak-kanak ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 2 May 2015

Pelajar Genius Malaysia Di London Simpan 30,000 Gambar Porno Kanak-kanak

Pelajar Genius Malaysia Di London Simpan 30,000 Gambar Porno Kanak-kanak


Seorang pelajar genius Matematik dari Malaysia di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United Kingdom selepas didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.

Tertuduh dikenali sebagai Nur Nordin, 23, pelajar jurusan Matematik Kolej Imperial London didakwa didakwa memiliki 1,156 video dan selebihnya imej pornografi kanak-kanak yang sebahagiannya paling keji pernah dilihat oleh pasukan negara itu.

Nur Nordin yang berasal dari Malim Nawar, Kampar, Perak mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.

Memetik laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas pasukan penyiasat curiga selepas mendapati akaun milik lelaki itu memuat naik ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.

Apabila polis menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran Hyde Park di London, mereka mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.

Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada 30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka menyiasat alat-alat elektronik milik tertuduh.

Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia selepas tamat menjalani hukuman.

Pegawai penyiasat, Konstabel Sara Keane berkata, Nordin didakwa memiliki dan berkongsi beberapa gambar yang paling melampau yang pernah dilihat oleh polis di negara itu.

"Kes ini amat mengerikan kerana tertuduh bukan saja memiliki gambar itu malah memuatnaik untuk tontonan orang ramai," katanya. - Mirror.co.uk

sumber

P/s: lol.stress sangat otak fikir formula math ke doh..berhati2 la semua.awasi anak2 kecil korang.memang ada spesis yang stim tengok budak kecik.spesis cmni mental disorder,sampai satu level tiang pakai baju.mekap sikit pon jadi..huh


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Gambar Motorsikal Harley Davidson pada tahun 1910-1938
    24.07.2012 - 0 Comments
    Seperti yang kita tahu,Harley Davidson bukanlah satu nama yang asing bagi peminat2 motor.Motorsikal yang…
  • GILA !! Pusat jagaan zalim yang mengikat dan mensalotip bayi supaya senyap
    28.02.2012 - 0 Comments
    sampainya hati dia buat cmtu.bodohnya..kalau tak nak keje.xyah keje.gila betul.jaga anak orang buat…
  • KEMALANGAN AUDI VS LORI di  highway cheras kajang
    17.03.2012 - 0 Comments
    salam,hey guys,tadi singgah kat forum lowyat..ada orang update tentang audi dengan lori..KEJADIAN BERLAKU…
  • GEMPAR !!Kemalangan 10 biji kereta,VOLKSWAGEN HANCUR.Semuanya salah driver lori
    19.02.2012 - 1 Comments
    REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang. GEORGETOWN: Kira-kira 10…
  • Kamal Ashnawi terkaya di dunia,MAHARAJA INDONESIA adalah PROPA?
    23.01.2012 - 1 Comments
    soal dia MAHARAJA INDONESIA sah menipu.. Next soal RM20 Trillion.. semoga dapat pula…