Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka ditutup pada Selasa, 15 September ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 15 September 2015

Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka ditutup pada Selasa, 15 September

Jerebu: Sekolah di Selangor, KL, Putrajaya, NS dan Melaka ditutup pada Selasa, 15 September - Kementerian Pendidikan


Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup hari ini, 15 September berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

"IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan lewat malam ini.

Pada satu majlis di Sintok, Kedah petang tadi, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar. - BERNAMA

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Cool : Inilah Cara Rakyat Bangladesh Sejukkan Rumah Mereka Tanpa Elektrik !!
    04.06.2016 - 0 Comments
    Lihat sampai habis video ini ternyata idea yang muncul sememangnya sangat kreatif. Sebuah perkampungan di…
  • COOL : Hotel Terbesar Di Dunia Binaan Nazi Yang Tak Pernah Didiami
    04.02.2013 - 0 Comments
    Hotel yang terletak sepanjang 3 batu di pulau Ruegen, Jerman ini merupakan hotel terbesar di dunia yang…
  • GILA !! Malas Jaga Suami, Maka Dibunuhnya Sahaja
    13.04.2012 - 0 Comments
    Florida – Seorang wanita warga emas berusia 64 tahun didakwa membunuh suaminya yang menghidap sakit…
  • Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah
    15.05.2012 - 0 Comments
    FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York…
  • Peluang Melihat Janggut Nabi Muhammad SAW
    22.02.2012 - 0 Comments
    KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid…