Wanita ini telan berlian curi yang bernilai RM11.9 juta ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 15 September 2015

Wanita ini telan berlian curi yang bernilai RM11.9 juta

Wanita ini telan berlian curi yang bernilai RM11.9 juta
Jiang Sulian, 39, dari China yang mencuri berlian seberat enam karat terpaksa membenarkan doktor menggunakan penyepit dan ragum bagi mengeluarkan berlian ditelannya. - Foto Bangkok Post

Bangkok: Seorang wanita China cuba menyeludup berlian curi bernilai 10 juta baht (RM11.9 juta) keluar dari Thailand dengan menelan batu itu.

Wanita itu dibenarkan keluar dari hospital hari ini, selepas doktor berjaya mengeluarkan berlian berkenaan.

Menurut polis, wanita berusia 39 tahun itu, menukar berlian asli dengan batu palsu ketika pameran barang kemas di pinggir Bangkok, Khamis lalu, dan cuba keluar dari negara berkenaan dengan menelan berlian terbabit.

Polis berjaya menahannya ketika dia hendak menaiki pesawat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, selepas berlian berkenaan dikesan melalui X-ray. Lelaki berusia 33 tahun yang bersamanya juga ditahan.

Polis menggunakan pelbagai cara termasuk memberinya makan julap namun berlian berkenaan gagal dikeluarkan lalu meminta bantuan hospital.

Jurucakap Hospital Besar Polis, Leftenan Kolonel Anchulee Theerawongpaisal, berkata doktor menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan berlian berkenaan dalam masa 12 minit. - AFP



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • COOL !! Apex terima tawaran lumayan sebagai duta PUMA
    21.03.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR, 20 MAC 2012: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sungguhpun…
  • GILA !! Jepun hasilkan kubis palsu! sila berhati-hati !!
    05.03.2012 - 2 Comments
    nampak macam kobis asli kan?sila berhati2.kat negara sana memang banyak…
  • Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun
    31.01.2012 - 0 Comments
    Sengat Ikan Pari Dikeluarkan Dari Punggung Selepas 8 Tahun DUNGUN – Derita seorang pemuda yang terpaksa…
  • Pemilik lamborghini ini ditahan gara-gara meletakkan beruang gergasi di atas keretanya
    20.11.2015 - 0 Comments
    Kesian betul dengan nasib seorang pemandu kereta sport di China kerana telah ditahan oleh polis tatkala…
  • GILA DAN LAWAK !! Bom kentut cetus huru-hara
    19.02.2012 - 0 Comments
    MISSISSIPPI: Gara-gara menggunakan perkataan sensitif pada tempat yang salah, seorang remaja berusia 19…