Penoreh semakin tertekan, harga getah jatuh merudum !! ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 5 January 2016

Penoreh semakin tertekan, harga getah jatuh merudum !!

Penoreh semakin tertekan, harga getah jatuh merudum !!


KUALA TERENGGANU - Masalah kejatuhan harga komoditi getah kini semakin membebankan dan memberi tekanan kepada peladang serta pekebun kecil, ditambah pula dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Harga getah yang terus merudum menjejaskan kehidupan mereka apatah lagi hingga kini, belum ada tanda harga akan pulih semula ditambah pula musim hujan yang mula melanda Pantai Timur.

Pertengahan Oktober lalu, harga getah dilaporkan berada pada RM2.20 bagi setiap kilogram dan ianya menyebabkan kehidupan rakyat yang menoreh getah sebagai sumber pendapatan semakin terhimpit.

Penoreh, Zainun Ibrahim, 41, dari Kampung Kubang Bujuk berkata, harga getah yang semakin turun akhir-akhir ini memberi tekanan, terutama kepada keluarga yang bergantung sepenuhnya pada pendapatan daripada hasil getah.

Menurutnya, masalah ini bertambah perit bagi mereka yang menoreh secara sistem pawah, yang mana hasil diperoleh dibahagikan pula dengan pemilik kebun getah.

“Setiap kilogram getah, iaitu harga semasa (RM2 hingga RM2.20) saya akan peroleh sekitar RM1 sahaja. Tetapi, saya sudah hampir dua bulan tidak menoreh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

“Jika menoreh juga ketika ini, susu getah berisiko rosak kerana dimasuki air hujan dan walaupun hujan sekejap, batang getah yang basah tetap tidak boleh ditoreh. Hasilnya pula tidak seberapa. Bukan saya sahaja, rata-rata penoreh berhenti rehat sementara dan akan mula menoreh, apabila musim hujan reda,” katanya yang mempunyai empat anak yang kesemuanya masih bersekolah.

Suami Zainun, Lokman Imran, 41, yang turut  menoreh getah sebagai kerja sampingan bagi menambah pendapatan keluarga berkata, jika dahulu kebun getah sentiasa cerah kerana aktiviti menoreh getah dijalankan secara aktif, malah turut disertai anak-anak muda dan mereka yang mempunyai pekerjaan tetap.

“Tetapi sekarang, kebun (getah) dipenuhi semak samun. Ketika harga getah tinggi, saya sendiri juga turut membantu isteri menoreh, kerana tidak sempat jika dia dibuat sendirian.

“Jam 3 pagi saya akan ke kebun (getah) dan menoreh sehingga Subuh, dan saya akan pulang untuk ke tempat kerja pagi esoknya. Tetapi apabila harga getah semakin menurun, hanya sesekali saya membantu, kerana tenaga yang dicurah tidak sepadan dengan hasil diperoleh,” katanya.

Namun, dia mengakui dengan pendapatan menoreh sebelum ini banyak membantu mereka sekeluarga untuk menikmati kehidupan lebih selesa, tetapi kini hidup mereka bergantung sepenuhnya pendapatan sebagai tukang rumah.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Cool ! Pakcik Ini Mencipta Motorsikal Menggunakan Air Yang Boleh Jalan Sejauh 500KM
    12.12.2015 - 0 Comments
    Seorang lelaki di Brazil telah mencipta sebuah motorsikal baru yang menakjubkan kerana dengan hanya…
  • 10 Fakta Menarik Tentang Telur Ayam
    14.07.2012 - 0 Comments
    1) Telur ayam mempunyai nilai penggunaan protein (net protein utilization) 100 % berbanding dengan…
  • Remaja Ini Menjadi Juruterbang Pesawat Paling Muda Di Dunia
    20.04.2017 - 0 Comments
    LONDON: Usianya baru 26 tahun, tetapi Kate McWilliams telah mencipta nama apabila menjadi juruterbang…
  • FOREVER ALONE LEVEL BERAPA NI ??
    10.03.2012 - 0 Comments
    trololol
  • Nelayan tertangkap ikan yu pra-sejarah yang mempunyai 300 gigi
    21.01.2015 - 0 Comments
    VICTORIA - AUSTRALIA. Sejenis ikan yu yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat…