Rumah berusia 125 tahun jadi kajian ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 5 January 2016

Rumah berusia 125 tahun jadi kajian

Rumah berusia 125 tahun jadi kajian
Rumah ini pernah menjadi rumah persinggahan Datuk Undang Luak Johol.

KUALA PILAH - Siapa sangka, di Kampung Cheriau, di sini, tersergam indah sebuah rumah kayu tradisional Melayu berusia 125 tahun.

Rumah itu pernah menjadi tempat persinggahan Datuk Undang Luak Johol sebelum beliau meneruskan perjalanan ke Seri Menanti.

Keseluruhan struktur binaan rumah itu menggunakan kayu cengal dibina oleh dua tukang bernama Achat dan Achin.

Rentetan itu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) terpanggil untuk menjalankan kajian rumah yang dimiliki Sharifah Fazilah Syed Agil, 60-an.

Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah Bahagian Antikuiti LMNS, Mohd Nazim Abd Gaman, berkata, tujuan utama kajian itu dijalankan adalah untuk menginventorikan rumah tradisional warisan Negeri Sembilan.

“Salah satunya ialah rumah ini. Difahamkan, rumah ini diperbuat daripada kayu cengal yang diambil dari hutan dan ditarik dengan menggunakan kerbau pada zaman dahulu. Peralatan yang digunakan untuk membuat rumah ini adalah beliung, kapak dan ketam.

“Tingkap rumah dan pintu diperbuat daripada kayu malah terdapat beberapa bendul sebagai pemisah ruang yang terdapat dalam rumah ini. Dari pintu hingga ke kekisi rumah, terdapat ukiran halus dengan motif tradisional melambangkan kesenian masyarakat adat perpatih,” katanya.

Lebih menarik rumah ini, apabila terdapat tangga diperbuat daripada batu dan berbentuk seperti kapal.

Menurutnya, rumah itu juga terdapat loteng yang digunakan sebagai tempat untuk menyimpan barang lama seperti peralatan memasak.

Loteng itu juga dilihat sama fungsi seperti loteng di Muzium Lama Diraja Seri Menanti.

“Meskipun rumah ini nampak luas tetapi ia hanya ada dua bilik dan dapur.

"Salah satu ciri istimewa rumah ini, adalah alat penunjuk arah angin. Biasanya alat ini dipasang pada bahagian bumbung rumah tetapi ia letak di bawah rumah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah, rumah yang dibina pada tahun 1890 ini mempunyai ruang serambi  untuk menyambut tetamu dan tempat upacara adat istiadat.

Uniknya, ruang itu hanya boleh diduduki golongan lelaki.

“Saya difahamkan, upacara adat yang pernah dijalankan di rumah ini adalah pelantikan jawatan Datuk Andika Lembaga Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan yang sekarang ini disandang Nor Azli Awaludin,” katanya yang turut berharap agar seni bina tradisional rumah itu dipelihara sebaiknya.

Difahamkan, sebelum ini, rumah tersebut didiami Kubun Karim iaitu moyang Sharifah Fazilah.

Apabila moyangnya telah meninggal dunia, waris rumah ini diperturunkan kepada Zainab Raja Bakar nenek kepada Sharifah kemudian mewariskan pula kepada ibu Sharifah, iaitu Raja Azizah Raja Omar.

Salasilah keturunan Kubin Karim Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan (Senaling) Datuk Andika Haji Nor Azli Awaludin juga dipamerkan di rumah ini.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Artikel Random

  • Haiwan Aneh Yang Menyerupai Anjing Ditangkap Di Padang Pasir
    28.10.2014 - 0 Comments
    Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang…
  • FUHH AZWAN ALI MENGAMUK KAT TWITTER LAGI
    06.05.2012 - 1 Comments
    Hey guys,korang tahu gua punya blog,bukan blog gossip artis ke apa.tapi saje jumpe benda2…
  • Kisah Pengislaman Hana Tajima
    26.03.2013 - 0 Comments
    Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger…
  • (14 Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Syarif Sleeq dan Malaque Mahdly
    23.11.2014 - 0 Comments
    Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Syarif Sleeq yang hari ini telah sah bergelar suami kepada…
  • 7 Manusia yang mempunyai kebolehan luarbiasa
    10.05.2017 - 0 Comments
    Dean Karnazes Dean Karnazes mempunyai kebolehan bermarathon berhari-hari tanpa perlu tidur. Pada 2005,…