Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 4 June 2016

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata


Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata


Seluar jeans secara umumnya memiliki sembilan bahagian atau features asas yang tidak pernah berubah selama 150 tahun.

Salah satu bahagian yang tetap itu adalah rivet atau sering disebut paku poket. Butang kecil mirip tombol mini ini sering ditemui melekat pada persimpangan jahitan atau pada hujung poket seluar jeans.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata

Kebanyakan orang mahupun penggemar jeans tidak tahu akan fungsi sebenar rivet ini yang kebiasanya diperbuat daripada tembaga. Mereka menganggap rivet ini adalah hiasan semata-mata untuk menjadikan seluarkan nampak lebih garang dan bergaya.

Sejak terjadi Gold Rush atau pelombongan emas besar-besaran di California pada sekitar tahun 1848, para penambang tidak dapat bekerja dengan selesa disebabkan oleh seluar yang dipakai oleh mereka longgar di bahagian pinggang dan bercendurung untuk melorot ke bawah.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata


Selain daripada itu, poket seluar yang dipakai oleh pelombong-pelombong pada ketika itu dilaporkan tidak tahan lasak dan sering terkoyak.

Bak pepatah Inggeris, every problem is an opportunity in disguise. Salah satu pelanggan Levi Strauss (orang yang mempopularkan seluar jeans), Jacob Davis, adalah seorang tukang jahit yang berasal dari Reno, Nevada memiliki idea untuk menggunakan paku yang diperbuat daripada logam untuk mengikat poket pada seluar jeans. Kemudiannya, paku yang sama ditambah pada keliling pinggang seluar agar lebih kukuh dan tidak mudah melorot ke bawah.

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata

Fungsi Butang Tembaga Pada Seluar Jeans Yang Bukannya Hiasan Semata-mata

Bermula saat inilah, ke semua seluar jeans dari pelbagai jenama mempunyai butang kecil atau rivet ini pada setiap model keluaran mereka.


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Apa itu iPhoneography ?
    22.01.2012 - 0 Comments
    Apa bendanya iPhoneography ni? Makanan ke, ubat ke? Haha. Rasanya dengan dengar nama ni je mesti dah ada…
  • GEMPAR !! Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit
    20.02.2012 - 0 Comments
    SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ketika ditemui di Semenyih…
  • Penting!! Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Sedang Hidup
    07.05.2012 - 0 Comments
    Betul ke bahaya kalau kipas angin menghala kat kite?macam pelik ke?aku blogwalking da jumpa benda…
  • Murid Darjah 3 Menang Kereta Peugeot 408
    30.04.2017 - 0 Comments
    KANGAR, 30 Apr: Seorang murid darjah Tiga tidak menyangka penyertaannya dalam Perlis Marathon 2017…
  • Video: Senaman Meningkatkan Tenaga Batin Lelaki (Part 1)
    22.01.2012 - 0 Comments
    Ini bukanlah entri/artikel lucah. Tiada sebarang bahan lucah disajikan, hanya perkongsian mengenai ilmu…