(Video) Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 22 June 2016

(Video) Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


MOSCOW 21 Jun – Seorang banduan menggunakan kelicikannya memecah masuk rumah apabila meloloskan diri dari tempat kurungannya hanya melalui lubang makanan dan minuman yang biasanya terdapat pada pintu setiap sel.

Malah, aksi Rustam Shahrudinov, 25, melepaskan diri tanpa seurat benang dari sel kurungannya juga sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Mail Online melaporkan, insiden itu berlaku di bandar Izberbash, Republik Dagestan di barat daya Rusia.

Dalam rakaman itu, Rustam dilihat bertungkus-lumus menolak keluar tubuhnya yang kurus kering bagi melepasi lubang berkenaan.

Setelah berjaya meloloskan diri, banduan itu mencapai pakaiannya menerusi lubang yang sama dan sempat memakai baju serta seluar sebelum berjalan pergi tanpa diawasi sesiapa.

Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan


Video tersebut juga tidak memperlihatkan kelibat warden penjara, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kawalan keselamatan yang longgar.

Beberapa pegawai penjara juga telah dipecat berikutan insiden berkenaan.

Rustam yang dipenjara atas kesalahan memecah masuk rumah dan mencuri sememangnya terkenal dengan kelicikannya menyusup masuk ke tempat-tempat sempit semasa melakukan jenayah.

Namanya juga telah disenarai sebagai individu dikehendaki di Republik Dagestan selepas melarikan diri dari penjara.





sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALLAHUAKBAR !! Patung Jesus Disambar Petir
    29.02.2012 - 2 Comments
    Sebuah patung Yesus Kristus 62-kaki disebuah gereja di Ohio telah dipanah petir semasa ribut petir yang…
  • Tips : Tanda-tanda Terkena Sihir
    25.01.2013 - 0 Comments
    Sakit kepala selepas waktu asar keatas. Badan terasa berat dan malas. Sukar mendapat jodoh. Badan…
  • Tahniah !! Jackie Chan Diberi Gelaran Datuk
    02.02.2015 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Pelakon dari Hong Kong, Jackie Chan mengejutkan ramai pihak apabila beliau hadir menerima…
  • Celcom Menjual iPhone 6 Dengan Harga RM6 Kepada 6 Orang Pembeli Terawal
    06.11.2014 - 0 Comments
    Subang: Penat menunggu hampir 30 jam ternyata berbaloi bagi enam pembeli pertama iPhone 6 yang ditawarkan…
  • ADUHAI !! Imam baling kasut ke arah hakim!
    23.02.2012 - 1 Comments
    Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling…