Wanita Ini Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 12 June 2016

Wanita Ini Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara

Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara


Seorang wanita telah ditinggalkan oleh suaminya kerana didapati tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan intim kali pertama.

Kejadian di India itu apabila Yogita Abhiyekar-Karale, 20 tahun menafikan berlaku curang kepada suaminya, Arjun 25.

Menjadi adat di wilayah Ahmednagar untuk melakukan ujian dara terhadap pengantin perempuan. Ujian itu menggunakan kain putih yang diletakkan pada katil pengantin untuk melihat sama ada darah wujud atau tidak selepas hubungan dilakukan.

Yogita nampaknya telah gagal dalam ujian itu selepas didapati tiada darah yang kelihatan pada kain putih tersebut.


Lelaki itu seterusnya telah memohon cerai terhadap isterinya di mahkamah.

Yogita yang merupakan seorang anggota polis berkata dia masih anak dara lagi dan mungkin selaput dara telah pecah selepas menjalani latihan lasak dalam pasukan polis.

Wanita itu merupakan isteri kedua kepada suaminya dan telah berkahwin pada 22 Mei lalu.

Bagaimanapun, selepas kes itu mendapat liputan luas, Arjun dikatakan telah mengubah fikiran dan mahu menarik semula permohonan cerai itu.

sumber


Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Koleksi 404 Page Not Found yang Awesome
    16.06.2012 - 0 Comments
    sumber mana korang rasa paling cool ? aku rasa yang bawah sekali…
  • Abam Anggap Kritikan Ogy Ahmad Daud Menjatuhkan Air Mukanya
    19.05.2015 - 0 Comments
    Gara-gara dikritik oleh Ogy Ahmad Daud ketika di dalam rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang kerana…
  • Fakta! Kesan Makan Asam Atau Jeruk Terlampau Banyak
    03.11.2014 - 0 Comments
    Walaupun sejak kebelakangan ini jeruk mangga asam boi bercili menjadi pujaan hati bagi penggemar jeruk,…
  • Datuk Siti Nurhaliza Merupakan Wanita Ketiga Yang Terkaya Di Malaysia
    19.02.2015 - 0 Comments
    Pernah menerima lebih 200 anugerah tempatan di dalam industri hiburan dan juga dinamakan antara dua…
  • 10 TIPS WAJIB TAHU UNTUK KEKAL SELAMAT DI ALAM SIBER
    18.02.2012 - 0 Comments
    1. Lindungi komputer anda dengan perisian keselamatan Jangan ketepikan aspek keselamatan tambahan apabila…